Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

LAPORAN  RINGKAS LORONG KULIT
(KHAMIS) 7/8/2003
Oleh Saiful


JAM :10 PAGI - Hampir semua wakil BA, wakil MPPP, YB Lim Boon Chang, SB dan peniaga berkumpul di Lorong Kulit.
JAM:10.40 PAGI - Baru ada kata sepakat untuk duduk semeja bulat berbincang masalh peniaga Lorong Kulit.
JAM:10.40-11.00 - Pengerusi Penjaja berucap dan wakil peniaga berkata sesuatu kepada ahli mesyuarat.
JAM :11 PAGI-11.10 - YB Lim Boon Chang berucap
JAM:11.10-11.20 - Wakil majlis berucap.
JAM:11.20-11.30 - Wakil BA Dr. Mansur berucap.
JAM:11.30-11.40 - Sidang media.
JAM 11.40-12.00 - Bersurai
 
Suasana di Lorong Kulit kini dilaporkan semakin tegang ekoran masalah peniaga yang semakin tertekan ekoran tindakan MPPP yang memindahkan kawasan letak kereta berjauhan dari situ. Peniagaan bagi penjaja kaki lima di situ merosot begitu teruk sekali sehingga ada yang melaporkan hanya 5% barang jualan mereka berjaya dijual. Sehingga ada dilaporkan pada 10/8/2003 yang lalu seorang peniaga telah menyerang pegawai MPPP akibat rasa tertekan.

"Saya berharap agar mendapat sokongan daripada sahabat-sahabat dan semua rakan dapat turun dan saksikan sendiri penderitaan yang dirasai oleh peniaga di Lorong Kulit " Ujar Saiful yang turut berada di majlis itu.



Aktivitis BA mendapat sokongan padu daripada peniaga-peniaga Lorong Kulit. Perwakilan daripada DAP tidak diendahkan oleh peniaga di situ. Sehubungan dengan itu sebuah banner telah dinaikkan untuk memberitahu kegagalan kerajaan BN menangani masalah peniaga Lorong Kulit.