Ramai imam, khatib mangsa cantas Maipp
WARTAWAN MASJID:- Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) didakwa sedang rancak melaksanakan 'dasar cantas' jawatan imam, khatib dan jawatankuasa masjid
yang dikatakan cenderung menyokong perjuangan PAS.
Banyak masjid didakwa menjadi mangsa usaha terbaru Umno, menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), hendak menyekat para ustaz yang
menyampaikan kuliah di pelbagai masjid. Ini kerana Umno bimbang kuliah tersebut akan mendorong jamaah yang mendengarnya menyokong kepada perjuangan Islam sebenar yang selari dengan perjuangan PAS.
Yang
Dipertua Maipp yang juga Timbalan Ketua Menteri, Dato' Dr Helmi Yahya didakwa cuba mengambil kesempatan memilih muka baru di kalangan ahli Umno untuk duduk sebagai AJK masjid sesi baru tahun ini.
Antara
masjid yang menjadi mangsa ialah seluruh masjid negeri Pulau Pinang sejumlah 193 masjid seperti Masjid Batu Feringgi,Masjid Jalan Baru Perai, Kampung Baru Alma, Ceruk Tok Kun Atas, Kebun Sireh, Junjung, Sungai
Nibung Besar dan Sungai Nibung Kecil, Masjid Air Itam, Masjid Bagan Jermal, Masjid Karwa, Masjid Kelawai, Masjid Kampung Baru, Masjid Tuan Guru , Masjid Tanjung Bungah dan lain-lain Masjid kecuali Masjid negeri
Pulau Pinang.
Kejadian itu tidak menyelesaikan konflik yang diperkenalkan oleh bekas Yang Dipertua Maipp, Dato' Sharif Haji Omar sejak akhir tahun 90-an sebaliknya mengundang pelbagai masalah lagi apabila
imam, khatib yang dilantik dikatakan tidak berwibawa untuk menjawat jawatan tersebut.
Selepas pemilihan baru ini banyak masjid menjadi kelam kabut apabila imam dan khatib yang disingkir tidak mahu
menjalankan tugas lamanya setiap hari Jumaat kerana khuatir dianggap cuba merampas jawatan dari orang baru tajaan Umno.
Menurut beberapa imam yang enggan namanya disiarkan, kejadian itu berpunca daripada
perasaan kurang senang Umno ekoran sokongan terhadap majlis pengajian yang kian mendapat sambutan. "Apabila orang datang mendapatkan ilmu, pilihan mereka tidak lain tidak bukan hanyalah PAS dan Barisan
Alternatif (BA). Inilah yang menakutkan Umno dan Barisan Nasional (BN), " tegas mereka.
Beberapa tahun lalu isu itu pernah dibangkitkan oleh pembangkang di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri kerana
Maipp didakwa membelakangkan pemilihan secara demokrasi yang memberi hak kepada anak khariah memilih siapa sebenarnya yang layak mengisi jawatan penting di sesebuah masjid.
|