MELAYU TANJUNG TOKONG Terpinggir Di Tempat Sendiri
NASIB orang Melayu di bahagian pulau di Pulau Pinang hampir sama dengan orang Melayu di Singapura. Kedua-duanya kaum minoriti di tempat
masing-masing. Begitulah rintihan beberapa penduduk Melayu di bahagian pulau berkenaan sama ada di kawasan Tanjong Tokong, Teluk Bahang, Batu Feringgi, Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau, Kampung Pulau Bentong
Jelutong, Kampung Kling, Kampung Haji Mahmud , Tanjong Bungah serta seluruh penempatan Melayu di Pulau Pinang.
Rata-rata mengatakan perkara sama atau hampir sama berkaitan soal nasib mereka yang Melayu
terpinggir. Malah, ketika ditemui PBB ketika berada di pulau, Melayu sebenarnya bersikap terbuka terhadap peluang ,rintihan dan kemudahan asas rumah yang disediakan oleh UMNO/BN. Persoalan sekarang apabila segala
bentuk yang dirancang dan disalurkan kepada Melayu, mengapa masih berlaku pembangunan dari pelbagai aspek yang tidak seimbang hasil perintah 46 tahun di Pulau Pinang.
Lihat saja di sekeliling kawasan Tanjong
Tokong yang cukup ketara dengan jurang status kediaman. Rumah usang yang masih beratapkan zink serta dinding papan kayu yang seakan-akan hendak roboh bersaing dengan kondominium dan pangsapuri yang dilengkapi sistem
keselamatan 24 jam, kolam renang, sistem rumah bestari serta kemudahan tempat letak kereta.
Adakah kerajaan negeri ,Umno sekadar pejam mata sebelah seolah-olah membenarkan pihak pemaju menggunakan kesempatan
mengaut keuntungan tanpa mempedulikan nasib penduduk setempat Melayu. Sebenarnya, itulah nasib yang dialami penduduk orang Melayu di bahagian pulau Pulau Pinang sejak berpuluh tahun lamanya iaitu sebelum Perang
Dunia Kedua.
PBB yang membuat tinjauan di sekitar kawasan Tanjong Tokong turut mendapati kawasan rumah papan orang Melayu di situ berjirankan masyarakat elitis yang tinggal di kondominium yang berada di
sekeliling mereka. Ketika bersama jurugambar menyusuri Jalan Tanjong Tokong Lama, PBB sempat melihat seorang tua Melayu sibuk bertukang membetulkan gerai yang agak usang sambil diperhatikan dua cucu lelakinya. PBB
sempat menyapa lelaki itu, Khamis Mat, 66, untuk bertanya perihal kehidupan di kawasan Tanjong Tokong.
Sambil tersenyum ke arah PBB dan jurugambar, seolah-olah mengetahui akan hajat sebenar PBB menyifatkan
hidup di sini (Tanjong Tokong) seperti hidup kais pagi makan pagi, hidup kais petang makan petang. "Saya sendiri terpaksa bekerja untuk meneruskan kehidupan serta membiayai keperluan rumah walaupun empat orang
anak saya turut membantu. "Masing-masing mempunyai kepentingan tertentu sehingga rakyat jelata terabai.
Sekarang PBB boleh lihat sendiri keadaan di sekeliling (Tanjong Tokong). "Tengok pembangunan
kediaman antara rumah saya dengan pangsapuri lima tingkat di situ," katanya sambil menuding jarinya. "Yang peliknya semua orang membangkitkan masalah orang Melayu tetapi saya tidak nampak di mana
kepentingan orang Melayu di sini. "Seolah-olah kita juga senasib dengan orang Melayu di Singapura," katanya yang bercadang membuka gerai menjual air tauhu dan air jagung.
Seorang suri rumah, Jan
Abdul, yang tinggal di rumah pangsa Perbadanan Pembangunan Bandar (Uda) di Tanjong Tokong, pula menyifatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu biasanya tidak setimpal dengan keperluan kehidupan
seharian. Sebagai contoh, katanya, rumah pangsa satu bilik sebenarnya tidak masuk akal, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai keluarga besar.
"Kerana terpaksa, penduduk di Tanjong Tokong terpaksa
menerimanya atas alasan pembangunan. "Dari rumah setinggan kepada rumah pangsa, tetapi masih ada masalah lain yang timbul seperti masalah sosial, sampah sarap serta kerenggangan hubungan kekeluargaan kerana
kesempitan kediaman," katanya.
Seorang nelayan, Md Wazir Zainal, yang tinggal lebih 50 tahun di kawasan Tanjong Tokong turut melahirkan kebimbangan kerana punca pendapatan yang semakin tidak menentu.
Menurutnya, jika dulu beliau boleh meraih kira-kira RM500 hingga RM600 sebulan, tetapi sekarang kurang RM400, malah bergantung pada keadaan dan masa di laut dan cuaca. "Kadang-kala saya juga pernah tidak
mendapat tangkapan langsung di laut. Ini semua bergantung pada rezeki. "Jadi macam mana saya hendak hidup dalam keadaan sekarang. Di laut, penambakan dan tebus guna tanah dilaksanakan demi pembangunan. Tetapi
yang nyata, nelayan seperti saya terjejas. Siapa yang hendak bela golongan seperti kami,"Umno tidak buat apa-apa katanya.
Pandangan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Bendera, Saudara Saiful berkata
Perancangan bijak Umno / BN menyebabkan sampai MELAYU TEEPINGGIR 46 TAHUN harus pembangunan Tanjung Tokong dan Pulau Pinang. Mana pergi wakil rakyat Tanjung Tokong ,Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam penyelesaian
masalah rumah . Cukuplah dengan janji penipu Pilihanraya 99 Umno/ Bn kepada rakyat tentang kemudahan asas rumah kos rendah di Pulau Pinang. Buatlah perubahan dalam pilihanraya ini sebagai hukuman Umno/ BN yang tidak
langsung prihatin terhadap pembangunan seimbang khasnya kawasan Tanjung Tokong.'' Tegasnya kesal.
|