Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!! 46 TAHUN MELAYU DIPINGGIR .

1. Lapan keluarga Melayu masih tinggal dirumah panjang Tanjung Bungah (Azuria) sejak 1996 sampai sekarang menagih janji Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera iaitu rumah ganti rumah. Anda diminta hadir di Azuria saksi kesengsaraan mereka.

2. Penduduk Kampung Tanjung Tokong hadapi masalah saliran longkang yang tersumbat serius sekali walaupun aduan telah dibuat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Tanjung Bungah, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Umno Bahagian Bukit Bendera. Anda diminta hadir di Kampung Tanjung Tokong lihat kegagalan pembangunan Umno/BN dalam masalah perparitan kampung kursusnya status penduduk melayu. MERDEKA!!!

3. Peniaga Lorong Kulit diarah keluar dari tapak asal ke tapak baru yang tidak sesuai untuk berniaga .MPPP arahkan lebih 400 peniaga keluar dari tapak asal jika enggan tindakan saman dan rampas barangan peniaga akan dilakukan oleh MPPP. Dimana mesra rakyat MPPP kepada peniaga kecil di Lorong Kulit. Atas alasan kerja pengubahsuaikan Stadium Bandaraya Pulau Pinang ,MPPP terikut petunjuk pemaju binaan tanpa memberi sesuatu ruang keselesaan kepada peniaga dan pembeli di Lorong Kulit di tapak baru. Peniaga Kecil Lorong Kulit dipinggir oleh arus pembangunan UMNO/BN. MERDEKA!!!

4. Gempar SRTT (Suara Rakyat Tanjung Tokong) mahu membela rakyat Tanjung Tokong yang dipinggir dengan bermula dengan demostrasi jalanan, sidang media, menghadap Tun Dato Seri Yang DiPertua Negeri P. Pinang akhir sekali nak jumpa Timbalan Perdana Menteri untuk buat perubahan pembangunan kepada rakyat Tanjung Tokong. Gempar SRTT samalah seperti ucapan Boria Pi mai tang tu jugak. SRTT mana kubur anda. Gempar biar berterusan sampai UMNO Tanjung Tokong gelabah, rakyat Tanjung Tokong menanti atau tertipu ucapan SRTT.

5. Mahir dalam pencerobohan tanah kerajaan di Tanjung Tokong ,edisi siasat BPR tangkap dan sumbat manusia ini dalam penjara. Hebatnya permainan politik happrak sampai cari rezeki haram pencerobohan tanah kerajaan. Inilah UMNO Tanjung Tokong. MERDEKA!!!

6. Setinggan Tanjung Tokong kibar bendera penuh semangat, Kondominium individu sekitarTanjung Tokong bebas tanpa jalur gemilang, tunggu dan masa seketika setinggan Tanjung Tokong dihalau keluar dari rumah mereka. Kampung Haji Mahmud dan Kampung Kling hilang satu lagi tempat melayu berteduh. Melayu Tanjung Tokong dipinggir harus pembangunan hasil Merdeka 46 tahun. UMNO harapan hidup dan mati buat selama-lamanya. Dipinggir atau terpinggir Melayu Tanjung Tokong. MERDEKA!!!

7. Tanjung Tokong mengakui kebenaran PM bahawa pembangunan yang tidak seimbang membuatkan banyak kawasan di negeri ini seperti zaman perang dunia kedua. Merdeka Merdeka Merdeka sampai Melayu dipinggir.

KEMERDEKAAN SEBENAR IALAH MENEGAKKAN TAUHID DENGAN MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SUPAYA TIDAK ADA DI KALANGAN MANUSIA YANG MEMPERHAMBAKAN SESAMA MANUSIA. Y. A. B. DATO SERI TUAN GURUABDUL HADI AWANG

DRP: DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT BENDERA