Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Nelayan masih ketinggalan, hidup daif

NELAYAN Melayu di Pulau Pinang berasakan diri mereka dianaktirikan dalam soal kebajikan, bantuan kewangan, pemberian lesen yang mudah dan cekap serta mempunyai kelengkapan bot dan pukat yang moden.

Mereka mempersoalkan mengapa mereka sering kali dianaktirikan, malah bantuan yang diberikan terhadap nelayan tempatan di sini seolah-olah 'melepaskan batuk di tangga' atau lebih mudah lagi sebagai cukup syarat saja tanpa mempedulikan kesan jangka panjang. Tinjauan PBB di kawasan nelayan di Tanjong Tokong, Kampung Teluk Bahang, Kampung Air Jelutong berdekatan lebuh raya ekspres Jelutong serta Kampung Pulau Bentong jelas tergambar kedaifan golongan nelayan tempatan.

Mereka terpaksa mengharungi kehidupan harian demi mencari sesuap nasi kepada keluarga mereka. Ketika berada di Kampung Teluk Bahang, kira-kira 25 kilometer dari bandar Georgetown, PBB terlihat sekumpulan nelayan 10 lelaki yang sedang berehat di sebuah pondok usang. Selepas memperkenalkan diri, mereka secara spontan meluahkan perasaan dan emosi masing-masing mengenai kehidupan yang penuh pancaroba, daif, tertekan, terhimpit serta dipinggirkan. Norekhsan Bidin, 42, yang hampir 30 tahun menjadi nelayan pantai menyifatkan nelayan di Teluk Bahang memerlukan pemerhatian dan sokongan berterusan supaya dapat bersaing dengan nelayan kaum lain."Kami di sini tidak iri hati dengan kemajuan nelayan kaum lain. Cuma yang dipinta ialah sokongan, bantuan serta tunjuk ajar daripada pihak berkaitan."Sebenarnya, nelayan di sini mahu perubahan diri serta peningkatan taraf hidup sebagai seorang nelayan moden."Tetapi hakikatnya, kami masih daif seperti ketika zaman kanak-kanak dan remaja sewaktu mengikut bapa ke laut.

Itu cerita 30 atau 50 tahun lalu dan senarionya tetap sama."Kita mahu bot yang baik, pukat yang canggih serta kebajikan yang terpelihara. Sebagai contoh, nelayan di sini ditawarkan untuk membeli bot yang usang atau 'second hand' sedangkan nelayan kaum lain diberikan peluang mendapat bot moden kerana pinjaman diluluskan," katanya ketika ditemui di Kampung Teluk Bahang, Batu Feringgi, baru-baru ini. Ini diakui Mohd Nayan Mohd Yunus, 53, yang beranggapan nelayan di negeri Pantai Timur jauh lebih baik berbanding nelayan di bahagian pulau Pulau Pinang."Suasana cukup berbeza di antara Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. Di sana (Pantai Timur), kelengkapan bot dan pukat (orang Melayu) cukup moden.

"Di mana keadilan dan perjuangan yang kononnya untuk rakyat jelata khususnya orang Melayu. Bukan kita hendak selalu bergantungan, tetapi perlu diberikan peluang sama rata supaya masing-masing dapat bersaing dengan sihat," kata Mohd Nayan. Rakannya, Rosli Abdullah, 33, berkata, nelayan di Kampung Teluk Bahang mempunyai tiga kategori iaitu nelayan tulen (sepenuh masa), nelayan tumpangan dan nelayan separuh masa. Nelayan tulen ialah kumpulan nelayan terutama nelayan pantai yang bekerja sepenuh masa, manakala nelayan tumpangan sekadar menumpang rezeki bagi membantu nelayan tulen tetapi tidak sepenuh masa. Nelayan separuh masa pula mempunyai dua pekerjaan iaitu sebagai nelayan pada waktu pagi dan petang serta malam pula bekerja di kilang, resort atau hotel berdekatan.

Biasanya, menurut Rosli, yang tersempit ialah nelayan sepenuh masa dan nelayan tumpangan yang berjumlah lebih 1,500 orang di sekitar Kampung Teluk Bahang. Mereka bergantung kepada cuaca dan musim serta keadaan laut sama ada bergelora atau sebaliknya. Mohd Sab Mat, 50, yang menjadi nelayan selama 40 tahun, sedih kerana pemberian lesen yang tidak adil di kalangan nelayan tempatan sehingga membantut punca rezeki harian."Bagaimana nelayan khusus orang Melayu hendak hidup disebabkan perkara remeh-temeh," katanya. Contoh yang jelas, menurut Mohd Sab, jeti nelayan Kuala Sungai Teluk Awak, Kampung Teluk Bahang, yang tidak siap dan sempurna sejak lima tahun lalu.

Sementara itu, tinjauan PBB ketika menyusuri Lebuh Raya Ekspres Jelutong turut mendapati sebahagian Kampung Air Jelutong tersepit di tengah pembangunan pesat yang dijalankan oleh kerajaan negeri. Pembahagian lebuh raya yang dibina di atas tanah tebus guna yang membelah Kampung Air Jelutong mengundang kepupusan kampung air itu yang turut dihimpit dengan pembangunan kondominium berdekatan. Seorang penduduk Kampung Air Jelutong, Halil Abdul, 45, berkata kawasan persekitaran di kampung berkenaan akan dirobohkan dan setiap penduduk di sini akan dibayar pampasan yang setimpal."Biasanya, kami akan ditawarkan dengan seunit rumah pangsa kos rendah serta habuan bagi membolehkan projek pembangunan dijalankan dengan segera."Cuma yang menyedihkan ialah kepupusan kampung air orang Melayu yang diduduki lebih 100 tahun lalu," katanya. MELAYU DIPINGGIR OLEH UMNO …….