Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

PAS Gagal Dekati Remaja - penceramah
 
Wednesday, October 23 
TASEK GELUGOR, 23 Okt (Hrkh)- PAS masih gagal tangani golongan remaja terutamanya remaja wanita untuk bersama-sama memahami konsep perjuangannya, kata bekas pegawai Ko-Angkatan Tentera Malaysia (Kagat), Ustaz Zulkarnain Hamzah. 

Menurutnya lagi, sebaliknya Umno dan persatuan bukan Islam lain telah kehadapan untuk menarik minda remaja mendekati perjuangan mereka.

"PAS dilihat masih gagal tangani golongan remaja terutamanya remaja wanita yang bakal memberi undi dalam sistem demokrasi.

"Sedangkan Umno dan golongan Kristian nampak lebih ke hadapan memainkan peranan memujuk golongan sasar untuk bersama memahami kaedah perjuangan jahiliah, " ujarnya ketika berceramah di Markaz Besar Majlis Tindakan Dun Sungai Dua baru-baru ini.

Tambahnya, kepimpinan PAS di peringkat negeri wajar memainkan peranan yang lebih dengan mengadakan berbagai agenda yang jarang di ketengahkan untuk golongan wanita.

Contohnya, di hospital masih tiada majlis meraikan para pesakit dengan berkesan selain hari raya Aidil Fitri.

Sedangkan banyak anak yatim, pekerja kilang, sektor awam dan kanak-kanak sekolah yang perlu difokuskan, katanya.

"Sebenarnya golongan Kristian umpamanya mereka sengaja adakan program meraikan kanak-kanak di hospital setiap masa.

"Cara ini banyak meninggalkan kesan terhadap emosi mereka selepas keluar dari hospital, " terangnya yang berpengalaman berhubung pendekatan dakwah.

Sambung Ustaz Zulkarnain lagi, Muslimat PAS jangan sempitkan pendekatan mereka dengan menumpukan progran usrah serta pengajian semata-mata tetapi harus juga memperkenalkan pendekatan lain seperti sukan, pengembaraan dan seumpamanya.

Sukan katanya, salah satu cabang tarikan remaja yang boleh ditonjolkan asalkan ianya menepati cita rasa Islam.

Begitu juga kepada mereka yang berminat bidang pengembaraan boleh juga di wujudkan kumpulan pengembaraan yang berkonsepkan Islam berbeza dengan corak barat.

"Hendak tarik orang memang sukar jika kita tidak tahu cara dan kaedahnya.

"Tetapi bila kita mengenali kemahuan dan sering bersama mereka kita akan dapati mudah untuk membentuk mereka menjadi pejuang yang berdisiplin tinggi, " katanya dalam program HELWA MTD Sungai Dua.

Turut hadir dalam program sepetang itu ialah Timbalan Pengarah MTD Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab, Ketua HELWA Sungai Dua, Azizah Mat dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Tasek Gelugor, Abdul Rashid Mohd Ali.