Kerajaan Negeri diingatkan jangan tanggung kerugian PBAPP OLEH: Mohd Sabri Said.
PULAU PINANG, 15 Oktober (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang diingatkan jangan berniaga seperti buluh kasap,
untung tiada modal lesap apabila sanggup membayar hutang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Wakil Permatang Pasir (PAS), Mohd Hamdan Abdul Rahman dalam ucapan Bajet Pembangunan 2004 Mesyuarat Ke
Tiga Penggal Ke Lima Dewan Undangan Negeri Ke Sepuluh berkata, Kerajaan Negeri tidak wajar membayar hutang PBA kerana bekalan air telah diswastakan.
Biarlah PBA mencari dana sendiri untuk membayar balik
hutang mereka asalkan tidak menekan pengguna seperti menaikan tarif air ke tahap yang lebih tinggi.
"Jika diswastakan kenapa pula kerajaan kena bayar hutang PBA sebanyak RM24.49 juta walhal mereka telah
diswastakan, " jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.
Beliau hairan kenapa PBA mengalami kerugian yang teruk sedangkan tarif air dinaikan tahun demi tahun.
Sepatutnya, PBA harus
merencanakan beberapa program untuk memastikan mereka tidak mengalami kerugian sehingga membuatkan kerajaan negeri pula yang bertindak membayarnya.
"Kenapa boleh rugi sedangkan tarif sering dinaikan.
Adakah dalam PBA terlalu banyak penyelewengan?" tanyanya.
Peluang untuk memperbaiki tegas Hamdan, masih ada sekiranya PBA mempunyai perancangan yang teratur dan segera menangani masalah dal
|