PENIAGA MELAYU TERPINGGIR DI PEKAN RABU KEPALA BATAS 9-24 SYAABAN 1423( HARAKAH ) KEPALA BATAS:PAS KAWASAN KEPALA BATAS MENDAKWA RUANG NIAGA BARU PUSAT PERNIAGAAN PEKAN RABU KEPALA
BATAS TIDAK MENEPATI CITA RASA PENIAGA BUMIPUTERA.
NAIB YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KEPALA BATAS,UST.KHALID ABDUL RASHID BERKATA HARGA RUANG NIAGA DITAWARKAN TERLALU TINGGI,SEKALI GUS MENYUKAR PENIAGAAN MELAYU
MEMILIKINYA.
PAS KAWASAN MENYIFATKAN PROJEK TERSEBUT SEBAGAI GAJAH PUTIH UNTUK BUMIPUTERA,KATANYA.
PAS BERPENDAPAT,KERAJAAN SEPATUTNYA MEMIKIRKAN NASIB BUMIPUTERA DAN BUKAN SEKADAR INGIN BERBANGGA
DENGAN PROJEK JUTAAN RINGGIT.
KEDAI PEJABAT SATU TINGKAT DITAWARKAN PADA HARGA RM 185,888.00,KEDAI PEJABAT DUA TINGKAT RM 292,888.00 DAN KEDAI PEJABAT TIGA TINGKAT RM 395,888.00.
KERAJAAN TIDAK PATUT
BERBANGGA DENGAN PROJEK BESAR SEDANGKAN PENIAGA BUMIPUTERA MASIH DI TAKUK LAMA.PEKAN RABU YANG DICADANGKAN TIDAK MEMBERI APA-APA MAKNA KEPADA BUMIPUTRRA.
PAS JUGA BIMBANG,PEMAJU AKAN MEMBUKA RUANG KEPADA
PENIAGA BUKAN BUMIPUTERA SEKIRANYA TIADA SAMBUTAN DI KALANGAN PENIAGA MELAYU KERANA HARGANYA TINGGI,KATANYA.
BUKAN TIADA PENIAGA MELAYU BERMINAT,TETAPI DISEBABKAN HARGA KEDAI TERLALU TINGGI,RAMAI YANG TIDAK
MAMPU,KATANYA.
CONTOH PALING KETARA TEGASNYA,DI KOMPLEKS TUN ABDUL RAZAK ( KOMTAR ) SEBAGAIMANA YANG DIKESALKAN OLEH KETUA UMNO BAHAGIAN TANJUNG DATO AHMAD IBNI HAJAR YANG MENGATAKAN IMPIAN BEKAS PERDANA
MENTERI,TUN ABDUL RAZAK TIDAK KESAMPAIAN APABILA PENIAGA MELAYU DISITU SEMAKIN BERKURANGAN.
BUKAN SAHAJA PAS,KINI UMNO PUN SUDAH SEDAR TENTANG PELUANG PERNIAGAAN GOLONGAN BUMIPUTERA DI PULAU PINANG TERMASUK
JUGA PENEMPATAN DAN PERKAMPUNGAN SEMAKIN TERPINGGIR,KATANYA.
PAS LEBIH KE HADAPAN BERCAKAP MENGENAI TERPINGGIRNYA PENIAGA DAN PENDUDAUK MELAYU PULAU PINAG BERBANDING UMNO.
PAS BERSYUKUR KERANA SUDAH
WUJUD SUARA LANTANG DALAM KEPIMPINAN UMNO SENDIRI BERHUBUNG MASA DEPAN MELAYU BERBANDING DULU,UJARNYA BEKAS CALON PAS BERTANDING MENENTANG TIMBALAN PERDANA MENTERI,DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI.
|