Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah jadi Pejabat Umno

PERMATANGG PAUH :- - PAS Kawasan Permatang Pauh kesal Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) terus menjadi pejabat Umno untuk mengarahkan semua kakitangan dan pelajar sekolah menjayakan program 'Pemuda Masuk Kampung' anjuran bersama Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Pemuda Umno Pulau Pinang dan Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh.

Demikian ditegaskan oleh Yang diPertuanya, Omar Hasan ketika diminta menggulas surat rasmi bertarikh 8 Ogos yang ditandatangani oleh Pegawai Daerah SPT, Muzamin Mastak. Menurutnya lagi, Pejabat Daerah tidak sewajarnya menjadi orang suruhan Umno sehingga mengadaikan prinsipnya untuk berbakti pada rakyat tanpa mengira latar belakang politik.

"Sekarang ini jelas Pejabat Daerah SPT telah bertukar menjadi Pejabat Umno dan bukan lagi agensi kerajaan yang mencorakkan pembangunan di Seberang Perai Tengah, " ujarnya lantang. Program Pemuda Masuk Kampung tersebut akan diadakan di Padang Taman Guar Perahu jam 8,30 malam pada 16 Ogos ini.

Menurut isi surat itu, antara tetamu kehormat yang akan hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang. Tan Sri Koh Tsu Koon, Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Dato' Hishamudin Tun Husein. Tambah Omar, Pejabat Daerah sepatutnya bertindak adil dengan tidak menonjolkan minat kepada mana-mana parti sesuai dengan peranannya meningkatkan mutu pembangunan sekitar.

PAS Kawasan katanya, akan melakukan bantahan secara rasmi terhadap pembabitan Pejabat Daerah SPT dengan Umno. "PAS Kawasan tidak akan teragak-agak melakukan bantahan kepada Pejabat Daerah tersebut kerana lari dari tanggungjawab sebenar," terang beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Negeri.