Umno P. Pinang Diminta Letak Calon Di Parlimen Tanjung/Bukit Mertajam
Assalamualaikum wht. Umno P. Pinang sejak kebelakangan ini cuba untuk menjadi juara dalam menegakkan benang basah kononnya
merekalah pejuang bangsa Melayu di negeri ini. 'CACAMERBA'/gerhananya Melayu P. Pinang adalah perbuatan jahat Umno itu sendiri. Janganlah nak di salahkan Pas pula, sedangkan Pas tidak pernah memimpin kerajaan
negeri. P. Pinang sejak di serahkan/digadai oleh Kesultanan Kedah kepada Inggeris hinggalah kepada ketua menteri yang pertama mendiang Tan Sri Wong Pau Nee(seorang paderi),kemudiannya Datuk Dr. Lim Chong Eu sehingga
sekarang dikemudi oleh anak didiknya iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon membenarkan cita-cita mereka untuk melihat orang-orang Melayu terus dihalau secara halus dari sebelah Pulau ke tanah besar Semenanjung.
Negeri industri yang di bangunkan oleh Dr. Lim Chong Eu menjadikan negeri ini telah mengorbankan tanah-tanah bendang hak milik orang Melayu di Sg. Nibong, Bayan Baru, Bayan Lepas dengan tujuan untuk pembangunan
rakyat.
Tanah-tanah orang Melayu di sekitar pesisir pantai daripada Kelawai sehinggalah ke Teluk Bahang bagaikan berada di Hong Kong sekarang ini. Hotel-hotel yang didirikan hanya menjadi milik bangsa asing
dan kroni sahaja. Orang Melayu hanya menjadi pekerja bawahan kebanyakannya. Sudah hilang identiti orang-orang Melayu P. Pianang dan seolah-olah tidak wujud lagi.
Dengan terbinanya banyak projek mewah
perumahan yang sudah tidak mampu lagi dibeli, maka Jambatan P. Pinang yang ketiga terpanjang di Asia menjadi jalan pintas kepada Melayu P. Pinang cepat berpindah ke tanah besar.
Umno P. Pinang sepatutnya
atas nama Barisan Nasional meletakkan calon orang Melayu di Parlimen Tanjung, Bukit Bendera, Jelutong, Bayan Baru supaya Umno dapat mengekalkan orang Melayu melalui kuasa politik. Ini tidak asyik nak berebut jawatan
dan projek mega sahaja untuk dibahagikan sesama kroni. Maka tinggallah boria anak Melayu P. Pinang 'terkantoi-kantoi'.
''KITA MENCABAR UMNO PULAU PINANG MELETAKKAN CALUN MELAYU ATAS TIKET BARISAN NASIONAL
UNTUK BERTANDING DI TEMPAT YANG MAJORITI ORANG CINA BAGI MENUNJUKKAN SEMANGAT SETIAKAWAN SEHIDUP SEMATI UMNO DAN RAKAN KOMPONEN YANG LAIN''
Ini kerana rakan komponen lain boleh bertanding di tempat majoriti
orang Melayu tetapi umno tak boleh bertanding di tempat majoriti orang cina. Ini telah menunjukkan pengkhianatan umno kepada Melayu dulu kini dan selamanya mati tak bernisan. Pengkhianatan Umno semakin hari semakin
menjadi, sehinggalah merebak ke Tanah besar Semenanjung (Seberang Perai). Bersambung....
Pemuda Pas Permatang Pauh - 22.10.2002
|