Salinan repot polis kedurjanaan Dr M
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Tarikh:31 Oktober 2003
Daripada:MOHAMED HAFIZ B. MOHAMED NORDIN NO. K/P: 691111-07-5597 NO. 1, LORONG MASJID, BAGAN AJAM 13000 BUTTERWORTH,
SEBERANG PERAI.
Kepada:KETUA POLIS IBU PEJABAT KONTIJEN POLIS PULAU PINANG JALAN PINANG 10600 GEORGETOWN, PULAU PINANG.
Tuan,
ADUAN POLIS TENTANG JENAYAH-JENAYAH YANG DILAKUKAN OLEH BEKAS
PERDANA MENTERI, DATUK SERI DR MAHATHIR MOHAMMED DAN JUGA ANGGOTA-ANGGOTA KABINETNYA SEPANJANG 22 TAHUN MEMERINTAH MALAYSIA
Saya Mohamed Hafiz B. Mohamed Nordin, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Parti Islam
Semalaysia (PAS) Negeri Pulau Pinang nombor kad pengenalan 691111-07-5597 (baru) /A1363975(lama) beralamat di No. 1, Lorong Masjid, bagan Ajam, 13000 Butterworth yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dengan ini
mengemukakan laporan polis seperti mengikut kata-kata aduan berikut:
Saya seorang warganegara Malaysia ingin mengemukakan aduan saya ke atas perkara-perkara yang mana pada pandangan dan anggapan saya adalah
jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohammed, bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.
Berikut ini adalah pada anggapan dan pandangan saya adalah antara siri-siri penyalahgunaan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri untuk melakukan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang tempoh tersebut:
1.Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
·Pemberian saham oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas
pertuduhan oleh Peguam Negara; ·Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur; ·Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes
rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
2.Campur tangan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
·Penyiasatan kes Perwaja dan Tan Sri Eric Chia; ·Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF; ·Penyiasatan
kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman; ·Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S
Samy Vellu; ·Penyiasatan kes Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320; ·Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar
Selangor dengan kos RM5 juta;
3.Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
·Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik Umno/BN; ·Mengagihkan
projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat Umno, PWTC; ·Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS
milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham; ·Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b; ·Pengambilalihan syarikat Umno,
Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta; ·Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan
kongsi YTL Corporation; ·Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB); ·Pembelian
saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta ·Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom; ·Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS; ·Memaksa Petronas
membeli saham Proton; ·Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang; ·Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain; ·Memiliknegarakan IWK
setelah ia mengalami kerugian; ·Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir; ·Kes anak Datuk seri Dr Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun; ·Penglibatan keluarga Tun Daim Zainuddin dalam
pelbagai jenis perniagaan; ·Penglibatan adik dan anak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
4.Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan
kepentingan politik BN;
·Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001) ·Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002) ·Kes
Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999)
5.Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
·Campur tangan terhadap tugas-tugas polis ·Mengganggu penyiasatan BPR ·Menghalang pendakwaan oleh
Peguam Negara ·Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya
6.Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
·Keruntuhan
makmal komputer ·Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama ·Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat ·Keretakan PULAREK ·Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej
Matrikulasi
7.Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
·Kes Anwar Ibrahim; ·Kes fiasco Tun Salleh Abbas; ·Percutian Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin bersama Datuk VK Lingam; ·Campur
tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas; ·Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim; ·Penghapusan bukti dalam kes seks DP
Vijandran; ·Perlantikan Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Tan Sri Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan sebagainya
ketika menjadi Peguam Negara; ·Perlantikan Datuk Arifan Jaka dan Datuk Agustin Paul sebagai Hakim Mahkamah Agung
8.Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
·Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT
·Kerugian pelaburan Tabung Haji ·Kerugian RM15b Bank Negara ·Kerugian RM40 juta AIM ·Kerugian LRT Putra dan LRT Star ·Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000
9.Menghina dan menyekat Islam
·Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam; ·Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi ·Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan ·Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah,
Islam, nabi dan ulama ·Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat ·Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik;
10.Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
·Menutup
dua MRSM di Terengganu; ·Menutup sekolah agama rakyat; ·Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.
Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:
·Dr Mahathir Mohammed sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri; ·Dr Mahathir Mohammed
telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN; ·Dr Mahatir Mohammed juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk
membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya; ·Dr Mahathir Mohammed juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; ·Dr Mahathir
Mohammed telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Oleh yang demikian, saya menggesa
pihak tuan supaya menyiasat dengan segera aduan saya di atas bagi menentukan keterlibatan Dr Mahathir Mohammed dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah Negara ini.
Pihak polis mesti menahan Dr Mahathir Mohammed dengan segera supaya satu penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah ini dapat dibuat.
Sekian, inilah aduan saya.
MOHAMED HAFIZ B. MOHAMED NORDIN
TIMBALAN KETUA PEMUDA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.
|