Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Majlis Sumbangan Untuk Fakir Miskin bersama YB Hj Mohd Sabu.

Kepala Batas, Sabtu 8-Nov-03 : Satu majlis penyampaian sumbangan berupa bungkusan hamper barangan keperluan harian dan duit raya kepada orang-orang miskin di sekitar Parlimen Kepala Batas anjuran Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, PAS Kawasan Kepala Batas telah selamat diadakan di Markaz Tarbiyyah Lebai Yahya, Kampung Baru Penaga.

Walaupun cuaca mendung dan hujan mencurah-curah, YB Haji Mohd Sabu telah sudi juga hadir bersama memberi ucapan dan seterusnya menyempurna majlis penyampaian tersebut. Turut hadir ialah YDP Kepala Batas, Ustaz Suhaimi Abdullah An-Nadwi, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kepala Batas dan ketua-ketua cawangan.

Di dalam ucapan beliau (YB), telah menyingkap semula peristiwa-peristiwa semasa bencana banjir yang berlaku baru-baru ini. Beliau memuji semangat yang telah ditunjukkan oleh pasukan bantuan banjir PAS yang telah bertungkus lumus dalam menyalurkan segala yang termampu untuk mangsa-mangsa yang terlibat tanpa mengira parti. Beliau juga mengambil kesempatan meminta kepada yang hadir untuk menyampaikan ucapan terimakasihnya kepada mereka-mereka yang terlibat di dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

Menyentuh soal PM yang baru, YB Hj Mohd Sabu amat berharap supaya orang-orang melayu tidak mudah tertipu lagi buat kali yang kedua seperti yang pernah berlaku semasa perlantikan mantan PM yang telah berundur baru-baru ini. Katanya, di dalam peristiwa 22 tahun yang lalu iaitu diawal perlantikan Tun Dr. Mahathir, orang melayu terlalu mengharap, memuja dan menyanjung tinggi mantan PM tersebut "sampai ada orang PAS sendiri yang dah naik mereng nak bagi peluang kat Mahathir kononnya", dan sehinggalah "mata Anwar Ibrahim dilebamkan" barulah mereka tersedar semula bahawa ada penipuan, penyelewengan dan salahlaku yang telah dilakukanoleh mantan PM tersebut.

YB Haji Mohd Sabu telah dijadualkan untuk berceramah di Markaz Tarbiyyah PAS Negeri, Pongsu Seribu pada hari yang sama pada sebelah malamnya.

Sekian, wassalam.