Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Pemuda PAS Kesal Polis Tangkap Macam Penjenayah
 
PULAU PINANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mempertikai kewibawaan polis yang melakukan tangkapan seperti penjenayah terhadap Setiausaha Agung PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Timbalan Ketua Parti KeAdiLan Nasional (KeAdiLan), Saifudin Nasution Ismail (25.01.2003)

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin berkata, sikap tersebut membuktikan polis diperalatkan oleh Umno untuk kepentingan perjuangan mereka. "Dewan Pemuda PAS rasa sikap polis tidak profesional semasa menjalankan tugas kerana sanggup melakukan tugas seperti menangkap penjenayah ketika sekatan jalanraya, " ujar beliau dalam satu kenyataan. Terang Hafiz, lagipun kedua-duanya berucap dalam permis sendiri yang berpagar. Limpahan orang katanya, tidak boleh dielakkan kerana ruang dalam markas sudah dipenuhi tambahan lagi halamannya masih dikira permis ekoran tanahnya adalah permis milik parti.

"Sekarang ini seolah-olah tiada lagi demokraksi kerana pembangkang dihalang berbagai cara untuk mendekati pengundi sebaliknya Umno bebas bergerak walaupun persekitaran sekolah untuk menyampaikan sumbangan beg sekolah sebagaimana yang dilakukan oleh Umno Bahagian Kepala Batas, " tegas beliau. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sambungnya, tidak relevan memberikan hak kepada parti pemerintah sahaja dalam siaran telivisyen sedangkan pembangkang yang baru tiga kali ditonjolkan dalam siaran Al-Kulliyah di TV3 dihentikan siarannya begitu sahaja. "Ini menandakan perdana Menteri takut pada orangramai yang sudah beralih angin kepada pembangkang semenjak pilihanraya umum ke 10 lagi, " jelasnya.

Selepas Setiausaha Agung PAS, kini Ahli Parlimen Kuala Kedah, Haji Mohamad Sabu pula ditahan polis dalam sekatan jalan raya selepas memberikan ceramah(28.01.2003).Mohamad Sabu ditahan berhadapan Balai Polis Tanjung Berembang, Nibung Tebal setelah selesai memberikan ceramah di Markas Parti KeAdiLan Nasional (KeAdiLan) Tanjung Berembang sekitar pukul 12.15 malam tadi.

Beliau ditahan bersama Exco Pemuda KeAdiLan Pusat, Badrul Hisyam Hisyam Shahrin, Ketua Bahagian KeAdiLan Nibung Tebal, Haji Othman Yusuf, Ketua Penerangan Pemuda KeAdiLan Pulau Pinang, Zulkifli Ibrahim dan tiga orang aktivis Barisan Alternatif (BA).

Seperti biasa mereka ditahan kerana melanggari sekyen 27 (a) Akta Polis iaitu berhimpun tanpa permit dan kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis Nibung Tebal. Keempat-empat mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan mulut RM2000.00 manakala tiga lagi bebas tanpa syarat pada pukul 3.10 pagi.

Semasa bertemu wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Haji Mohamad Sabu berkata, penahanan ini membuktikan Malaysia sebuah 'Negara Jakun' kerana sanggup melarang program yang dibuat dalam premis milik parti. Perjuangan ini akan diteruskan kerana ternyata pihak polis diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). "Kami akan teruskan penerangan kerana sah polis telah menjadi alat Umno dan BN, " jelasnya. Sementara itu dua orang peguam iaitu Adun Titi Serong, Ahmad Azhar Shaarin dan Timbalan Pengerusi KeAdiLan Pulau Pinang, Cheah Kah Peng yang hadir untuk memberikan bantuan guaman di larang memasuki Ibu Pejabat Polis berkenaan tanpa sebab.