Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

TUNGGU KENAIKAN 10% TOL JAMBATAN PULAU PINANG

Jambatan Pulau Pinang sepanjang 14km telah diswastakan kepada Mekar Idaman Sdn.  Bhd pada 15 Ogos 1994. Semua operasi dan penyelenggaran adalah dibawah syarikat  berkenaan. 

Hasrat Kerajaan Malaysia untuk menghubungkan Tanah Besar Semenanjung dengan Pulau Pinang telah mula diilhamkan pada sekitar tahun 1971. Rundingan demi rundingan dan diikuti dengan beberapa kajian telah dijalankan untuk menjadikan impian ini sebagai kenyataan. Akhirnya pada September 1987, jambatan ini siap dibina oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia dan di buka kepada lalulintas. Ianya menjadi satu lagi mercutanda kebanggaan Malaysia dan merupakan salah satu jambatan yang terpanjang di Asia.

Jambatan Pulau Pinang juga telah dianugerahkan `The 1993 FIABCI Award of Distinction'. Penganugerahan ini adalah di atas peranan Jambatan Pulau Pinang di dalam pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Rentang utamanya sepanjang 225 m adalah dibina dengan menggunakan kaedah `cable stayed girder' dan lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 m. Jambatan ini dibina dengan 4 lorong dan dilebarkan kepada 6 lorong di bahagian rentang utamanya.

Projek

 

Jambatan Pulau Pinang

Syarikat Konsesi

 

Penang Bridge Sdn. Bhd.

Tarikh Mula Konsesi

 

Sept. 1993

Tarikh Tamat Konsesi

 

May 2018

Tempoh Konsesi

 

24 Tahun 8 Bulan



Fakta Teknikal

Panjang

 

13.5 km

Persimpanngan Bertingkat

 

2 buah

Bil Tol Plaza

 

1 buah

Kabinet memutuskan untuk mengekalkan kadar tol Jambatan Pulau Pinang sehingga September 2004 walaupun ia boleh dinaikkan mengikut perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi.

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu berkata sejak Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) mula mengutip tol pada 30 September 1993, kadarnya belum pernah dinaikkan.

Mengikut perjanjian, kadar tol sepatutnya dinaikkan dua peratus setahun, tetapi kenaikan pertama yang dijadualkan pada 1998 ditangguhkan atas permintaan kerajaan kerana negara mengalami kegawatan ekonomi.

“Memandangkan tol bagi Jambatan Pulau Pinang tidak dinaikkan pada 1998, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM41 juta kepada PBSB untuk tempoh lima tahun lalu dan harap pengguna, terutama penduduk Pulau Pinang sedar mengenai hakikat ini.

“Walaupun jumlah kenderaan yang menggunakan laluan ini melebihi unjuran, ia tidak dapat menampung ganti rugi yang terpaksa dibayar kerajaan kerana tidak menaikkan tol,” katanya .

Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata kerajaan negeri membantah sebarang cadangan menaikkan tol Jambatan Pulau Pinang sekarang kerana masanya tidak sesuai dan syarikat konsesinya memperoleh pendapatan melebihi unjuran asal.

Katanya, bilangan kenderaan menggunakan jambatan itu sudah melepasi unjuran awal sejak 1998 lagi dan ini bermakna pendapatan PBSB turut melebihi daripada yang dijangkakan.

Kira-kira 120,000 kenderaan menggunakan laluan itu setiap hari. Penunggang motosikal dikenakan bayaran RM1.40, kereta (RM7) dan van (RM12) manakala kenderaan berat kelas IV dikenakan RM25, kelas V (RM45), kelas VI (RM60) dan kelas VII dikenakan RM70 iaitu mengikut kiraan gandar.

Samy Vellu berkata, jika kadar tol dinaikkan pada 1998, pengguna terpaksa membayar RM1.50 bagi penunggang motosikal, kereta (RM7.70) dan van (RM13.20) manakala kenderaan berat kelas IV RM27.60, kelas V (RM49.70), kelas VI (RM66.20) dan kelas VII dikenakan RM82.80.

Mengikut perjanjian konsesi, unjuran kenaikan tol bagi tahun ini pula ialah RM1.70 bagi penunggang motosikal, kereta (RM8.50) dan van (RM14.60) manakala kenderaan berat kelas IV RM30.50, kelas V (RM54.90), kelas VI (RM73.10) dan kelas VII dikenakan RM91.40.

Perjanjian yang sama juga menetapkan, sekiranya kutipan melebihi unjuran, keuntungan selebihnya itu akan dikongsi sama rata antara kerajaan dan PBSB.

Perolehan kerajaan berikutan kadar pengguna jambatan Pulau Pinang yang melebihi unjuran berjumlah RM9.11 juta bagi 1998, RM12.37 juta (1999), RM15.49 juta (2000), RM15.2 juta (2001), dan RM10.22 juta bagi tahun 2002.

Setakat ini, pampasan yang dibayar kerajaan kepada PBSB berjumlah RM1.83 juta bagi 1998, RM7.73 juta (1999), RM8.16 juta (2000), RM8.61 juta (2001), RM8.59 juta (2002) dan unjuran bagi tahun ini pula ialah RM6.8 juta.

Bagaimanapun, kerajaan masih membayar balik ansuran hutang RM250 juta bagi membiayai kos pembinaan jambatan terbabit selain terpaksa membayar pampasan kepada PBSB kerana kadar tol tidak dinaikkan seperti dijadualkan dalam perjanjian konsesi.

 

 PengarahEksekutif PBSB, Aminuddin Yusof Lana, berkata mengikut perjanjian, syarikatnya dibenar menaikkan kadar tol sebanyak 10 peratus setiap lima tahun.

 

TOL JAMBATAN PULAU PINANG AKAN NAIK 10% BILA BARISAN NASIONAL KUASAI PULAU PINANG.PILIHANRAYA AKAN DATANG MENENTUKAN TOL TIDAK AKAN NAIK BILA BARISAN ALTENATIF KUASAI PULAU PINANG.TOL AKAN MENJADI ISU UTAMA PILIHANRAYA PULAU PINANG.

 

 

TOL JAMBATAN PULAU PINANG

 
Sekarang

Motosikal

Kereta

Van

RM1.40

RM7.00

RM12.00

 

Kenderaan

berat kelas IV

Kenderaan

berat kelas V

Kenderaan

berat kelas VI

Kenderaan

berat kelas VII

RM25

RM45

RM60

RM70

Akan Datang

Motosikal

Kereta

Van

RM1.70

RM8.50

RM14.60

Kenderaan

berat kelas IV

Kenderaan

berat kelas V

Kenderaan
berat kelas VI

Kenderaan
berat kelas VII

RM30.50

RM54.90

RM73.10

RM91.40