Anggota polis, mangsa ditahan
GEORGETOWN: Polis menahan tiga lelaki berkaitan kejadian seorang penjual sate diserang dengan parang di perkarangan rumahnya di Tanjung Tokong, dekat sini, awal pagi Ahad
lalu.( 21/09/2003)
Mereka yang ditahan termasuk seorang anggota polis berusia 35 tahun yang dikatakan terbabit dalam serangan itu dan mangsa, Rosmady Mohamad, 25.
Ketua Polis Daerah, Senior Asisten
Komisioner II Mohd Ali Yusof, berkata semua lelaki itu ditahan kelmarin dan dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam untuk mendapatkan perintah reman.
"Polis juga merampas sepucuk pistol daripada
anggota polis terbabit yang didakwa diacukan ke arah mangsa ketika kejadian," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada perasaan dendam di
kalangan kedua-dua pihak yang yang dikenal pasti tinggal berjiran dan saling mengenali antara satu sama lain.
Mohd Ali berkata, semua yang ditahan kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
"Polis juga masih mencari seorang lelaki Melayu dan seorang lelaki Cina untuk siasatan berhubung kejadian sama," katanya.
Sementara itu, suasana di Mahkamah Majistret agak sesak semalam dengan
kehadiran saudara mara ketiga-tiga lelaki terbabit ketika mereka dibawa kira-kira jam 4.30 petang.
Sementara itu, seorang saudara Rosmady berkata, mangsa ditahan anggota polis yang datang di rumahnya di
Tanjung Tokong kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.
Menurutnya, mangsa dibawa dengan van ke Balai Polis Tanjung Tokong untuk diambil keterangan sebelum ditahan.
"Kami turut ke balai polis itu
untuk menemuinya tetapi tidak dibenarkan. Seorang anggota polis kemudian memberitahu mangsa akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) atas arahan ketua mereka," katanya yang meminta namanya dirahsiakan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi Ahad lalu, mangsa cedera di tangan kiri selepas ditetak dengan parang oleh empat lelaki termasuk seorang yang dikatakan anggota polis.
Malah, anggota polis itu
juga dikatakan mengacukan pistol ke kepala mangsa serta orang ramai yang melihat kejadian itu.
Kejadian serangan itu adalah susulan daripada pertengkaran antara mangsa dengan seorang lelaki di sebuah pusat
hiburan di Lembah Pantai, kira-kira jam 3 pagi.
Berikutan serangan ke atasnya, mangsa menerima 28 jahitan pada badannya selain calar dan lebam di seluruh badan.
Mangsa juga mendakwa diheret sejauh 50
meter oleh kumpulan lelaki itu sebelum dibelasah.
Ulasan PBB. Pemuda UMNO samseng TANJONG TOKONG. Pemuda UMNO samseng, kaki minum arak, pengawal keselamatan Disc dan kaki pukul Disco ,kaki pukul Along,
penjual dadah . Awas jika anda berdepan dengan Kaki pukul UMNO Tanjong Takong.
|