Pemuda UMNO Samseng 2 - Serangan sebelum subuh Oleh Ahmad Saufi Mansor opie@hmetro.com.my
GEORGETOWN: Keluarga lelaki yang ditahan polis kerana terbabit dalam pergaduhan di Tanjung Tokong, di
sini, pada Ahad lalu mendakwa mereka diserang dengan parang sebelum kejadian itu.
Ia berlaku kira-kira jam 5.30 pagi apabila penyerang bermotosikal itu memasuki rumah mereka sebaik pintu dibuka sambil meluru
ke arah isteri lelaki itu dengan memegang parang.
Bagaimanapun, keadaan itu ditenangkan abang lelaki berkenaan yang meminta penyerang terbabit pulang sambil menolaknya keluar.
Difahamkan, keluarga
berkenaan membuat tiga laporan di Balai Polis Tanjung Tokong berhubung kejadian itu.
Ibu lelaki itu, Khatijah Hassan, 57, berkata sebelum kejadian, dia berada di ruang tamu sekitar jam 5 pagi untuk menunggu
waktu Subuh dan menanti anak lelakinya, Abdul Halim Arifin pulang.
Menurutnya, dia kemudian terdengar bunyi enjin motosikal yang kuat seolah-olah disengajakan dan apabila melihat menerusi tingkap dia
ternampak seorang lelaki yang memang dikenali.
Katanya, dia membuka pintu sambil menasihatkan lelaki itu jangan berbuat bunyi bising kerana mengganggu jiran, namun tidak diendahkan.
"Selepas itu
dia terus masuk ke rumah dengan membawa parang untuk mencari anak saya dan kebetulan pula, menantu saya, Zarina (Ismail) berada di situ menyebabkan dia cuba menetak Zarina kerana mencari suaminya.
"Saya
dan Zarina lari ke belakang rumah, sambil memanggil Halim yang berada dalam bilik untuk meminta pertolongan," katanya di rumahnya, semalam.
Harian Metro Selasa lalu melaporkan seorang penjual sate cedera
parah akibat ditetak dengan parang dan dibelasah empat daripada enam lelaki termasuk seorang anggota polis berhampiran rumahnya di Tanjung Tokong.
Mangsa mendakwa menerima 20 jahitan di tangan, kening dan
bawah mata selain diacu pistol di kepalanya oleh seorang anggota polis.
Sementara itu, Abdul Halim berkata, apabila diberitahu mengenai kehadiran lelaki terbabit, dia berlari ke ruang tamu untuk menenangkan
keadaan.
Menurutnya, dia ternampak lelaki yang dikenali sejak zaman kanak-kanak itu memegang parang lalu bertanya kenapa dia berada di rumahnya
Katanya, lelaki itu memberitahu dai mencari adiknya,
tetapi dia menyuruhnya balik sambil menolak dan merampas parang di tangannya.
"Apabila adik saya pulang ke rumah selepas dihubungi isterinya, dia dalam keadaan marah mencari lelaki terbabit dan kemudian
mengekorinya kerana bimbang berlaku kejadian buruk," katanya.
Menurutnya, apabila berjumpa adiknya di kawasan itu, dia memintanya pulang ke rumah untuk membuat laporan polis, namun pergaduhan sudah
tercetus antara mereka.
"Saya menyedari adik sudah membuat salah kerana terbabit dalam pergaduhan itu, dan kini ia sudah menjadi kes polis... biarlah pihak berkuasa menentukan hukumannya.
"Saya tampil ke depan kali ini untuk membetulkan salah tanggapan kerana ia (pergaduhan) tercetus kerana kami diserang terlebih dulu," katanya.
Ulasan PBB Punca pergaduhan antara Pemuda UMNO Team A
dan Pemuda UMNO Team B Adalah berpunca dari minum arak dan kumpulan samseng pemuda UMNO Tanjung Tokong. Kebanyakan Pemuda UMNO Tanjung Tokong terlibat dalam menagih dadah, kaki pukul DISKO, kaki minum arak dan
mempunyai rekod jenayah . Perebutan kuasa pemuda UMNO samseng menyebabkan masyarakat kawasan tersebut takut untuk suarakan hak kebebasan bercakap .
Bukan saja MCA ada ganster di Gurney Drive, UMNO juga ada
ganster di Tanjong Tokong .
|