Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Hubungan Kerajaan Dengan Industri Judi dan Arak
Oleh Ustaz Zaharuddin Hj Abd Rahman, zaharuddin@yahoo com
EXCO PEMUDA PAS P.PINANG, SAIFUL LIZAN HJ MD YUSOFF, pemudabbendera@hotmail.com

Industri judi dan arak yang bertapak dalam negara kita semakin hari semakin diminati oleh rakat Malaysia dalam sedar atau tidak. Jumlah keuntungan syarikat-syarikat tersebut yang meningkat dari tahun ke tahun dengan jumlah ratusan juta ringgit menyebabkan para pelabur Islam mahupun bukan Islam samada dari dalam dan luar negeri cukup berminat untuk meletakkan pelaburan mereka. Mungkin kita tidak hairan dengan pelaburan dari agensi, individu atau syarikat bukan Islam tetapi yang menjadi persoalan serius adalah penglibatan individu yang bernama muslim dalam 'industri dosa' ini.

Nabi SAW telah bersabda dengan cukup jelas menyatakan " Sesungguhnya Allah telah menfardhukan beberapa perkara lalu janglah kamu lalaikannya, Allah juga telah mengharamkan banyak perkara maka janganlah kamu mencerobohinya…" ( Riwayat Darul Qutni - Hadis Hasan ) Sila Lihat Syarh al-arba'in hadisan an-Nawawiah, Darul Qutaibah, 1990, Tahqiq Abd Aziz Izzuddin as-Sirawan

Malang seribu kali malang apabila sebuah kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO/BN turut ingin menumpang dalam mengaut keuntungan dosa tersebut. Kerajaan Malaysia tanpa segan silu turut serta dalam perlumbaan keuntungan dosa dengan menggunakan wang amanah rakyat.

Penulisan ini akan menyentuh beberapa kajian terhadap sejauh manakah pengelibatan kerajaan dalam 'industri dosa' ini. Penulisan ini berkisar berkenaan:

1.Nama-nama syarikat besar yang terlibat dalam judi dan arak di Malaysia
2.Pelaburan wang amanah ke dalam syarikat judi.
3.Individu muslim yang mengetuai syarikat judi dan arak.
4.Jumlah hasil kasar kerajaan dari hasil perjudian dan arak.
5.Beberapa dalil Naqli berkenaan pengharamn dan penglibatan

Nama-nama syarikat yang terlibat dalam industri judi adalah seperti berikut :

Bil

Nama Syarikat

Tahun

Turnover (RM juta)

Net Profit

Jenis Perniagaan

1.

Genting Berhad

1999

3,077,400,000

1,101,100,000

Kasino

 

 

1998

3,369,800,000

414,300,000

Perjudian

 

 

1997

3,822,000,000

771,300,000

 

2.

Resort World Berhad

1999

2,178,500,000

645,800,000

Pusat Hiburan dan Perjudian

 

 

1998

2,514,900,000

149,000,000

 

 

 

1997

3,038,700,000

867,300,000

 

3.

Magnum Corporation Bhd

1999

2,917,720,000

519,304,000

Empat Nombor Ekor

Loteri

 

 

1998

2,958,231,000

-442,082,000

 

4.

Metroplex Bhd

1999

456,789,000

-88,980,000

Subic Bay Casino

Perjudian atas kapal

 

 

1998

794,126,000

64,739,000

 

5.

Leisure Management Berhad

1999

1,952,683,000

78,958,000

Empat Nombor Ekor

Lumba Kuda

 

 

1998

2,106,039,000

17,599,000

Nombor Ramalan

6.

Berjaya Sports Toto Berhad

2000

2,339,894,000

254,474,000

Empat nombor ekor

 

 

1999

2,195,411,000

442,127,000

Nombor Ramalan

7.

Guiness Anchor Berhad

1999

1,042,440,000

143,135,000

Minuman keras

 

 

1997

733,385,000

105,855,000

 

8.

Tanjong Public Limited Co

1999

1,892,953,000

185,517,000

Nombor Ramalan

Lumba Kuda

 

 

1998

1,667,327,000

359,329,000

 

9.

Carlsberg Brewery Bhd

1999

842,330,000

137,935,000

Arak

 

 

1998

777,679,000

114,454,000

 

Para pembaca boleh menilai akan tahap kekuatan syarikat-syarikat judi dan arak ini. Sebagai suatu perbandingan mudah. Cuba kita menilai prestasi syarikat gergasi negara selain Petronas seperti Telekom, Malayan Banking (Maybank) serta Tenaga Nasional Bhd.

Bil

Nama

Tahun

Turnover

Net Profit

 

1.

Maybank Berhad

1999

-

969,866,000

 

 

 

1998

-

129,608,000

 

2.

Telekom Malaysia Berhad

1999

7,833,000,000

819,000,000

 

 

 

1998

7,980,000,000

991,100,000

 

3.

Tenaga Nasional Bhd

1999

12,108,000,000

773,500,000

 

 

 

1998

11,439,400,000

-3,093,900,000

 


Perbandingan syarikat kekuatan kewangan syarikat gergasi negara adalah tidak begitu jauh kehadapan dari segi kekuatan industri judi dan arak di negara ini. Sedangkan TNB menguruskan perkara asasi yang digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia seramai 22,712,000 juta orang. Manakala Telekom merupakan syarikat yang telekomunikasi negera negara yang terbesar. Judi dan arak hanyalah 'permainan' sampingan segelintir rakyat yang gilakan wang segera, tetapi keuntungannya tidak jauh ketinggalan daripada syarikat-syarikat gergasi tersebut malah Genting Bhd lebih berjaya mengaut keuntungan dalam tahun 1999 dengan jumlah untung sebanyak RM1.1 bilion berbanding Telekom dengan RM 819 juta, TNB sebanyak RM 773 juta serta Maybank sebanyak RM 969 juta.

Pada tahun kewangan 1997 ketika negara menghadapi krisis Ekonomi, syarikat-syarikat judi masih lagi mempunyai tahap kewangan serta keuntungan yang teguh dengan jumlah keuntungan sebanyak RM 771 juta. Ini bermakna kecenderungan rakyat yang berjudi begitu tinggi menyebabkan ketika meraka berada di dalam kesukaran wang sekalipun, mereka sanggup bertaruh nasib keluarga demi mendapatkan wang segera daripada perjudian yang ditawarkan.

Justeru, keuntungan dan keaktifan syarikat-syarikat judi terus menjadi sasaran pelabur untuk mengaut keuntungan. Salah satu pelabur tersebut adalah pihak Kerajaan Malaysia. Merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE - RIIAM Information System), Badan yang mewakili kerjaan Malaysia dicatatkan dalam pelbagai bentuk walaupun pada hakikatnya ia hanyalah berlainan bahasa. Ianya seperti berikut:

1.Employees Provident Fund Board ( EPF )
2.Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP)
3.Tabung Lembaga Angkatan Tentera Malaysia
4.Menteri Kewangan Malaysia
5.Kementerian Kewangan Malaysia
6.Minister of Finance
7.Amanah Raya Berhad
8.Permodalan Nasional Berhad
9.Bank Negara Malaysia

Pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh kerajaan adakalanya 'direct' kepada syarikat judi tersbeut dan adakalanya 'indirect' iaitu dengan melabur dalam sebuah syarikat lain dan syarikat tersebut pula menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat judi.
Pelaburan kerajaan secara langsung dalam industri dosa ini adalah seperti berikut :

Bil

Nama Pemegang Saham

Jumlah Saham

Nama Syarikat

Yang di labur

Nilai Saham

1.

Employees Provident Fund Board

7,894,800

Genting Berhad

-

2.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera

45,162,668

Resorts World Bhd

-

3.

Employees Provident Fund Board

5,568,000

Resorts World Bhd

-

4.

Amanah Raya Sdn Bhd

8,828,400

Metroplex Berhad

-

5.

Kerajaan Malaysia*

327,000

Metroplex

 

6.

Kerajaan Malaysia*

20,000

Berjaya Group Bhd

 

7.

Kerajaan Malaysia*

Golden Shares

Sport Toto Malaysia

 

* Dicatat dalam Akaun Awam Persekutuan 1999.

Berikut pula disenaraikan penglibatan kerajaan dalam saham-saham terlibat judi secara tidak langsung ataupun perantaraan.

Bil

Nama Pemegang Saham

Jumlah Saham

Nama Syarikat

Yang di labur

Catatan Kaitan Tidak Langsung Antara Kerajaan dan Syarikat Perjudian

1.

Menteri Kewangan Malaysia

3,958,205

Kamunting Corp Bhd

Kamunting merupakan pelabur utama Magnum Corp Bhd. Sebanyak 457,630,296 unit saham.

2.

Menteri Kewangan Malaysia

972,492

Malaysian Plantations Bhd

Malaysian Plantations Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam Leisure Management Bhd sebanyak 65,154,999 unit saham.

3.

Amanah Raya Bhd Arab Malaysian First Fund

2,286,000

Malaysian Plantations Bhd

Malaysian Plantations Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam Leisure Management Bhd. sebanyak 65,154,999 unit saham.

4.

Employees Provident Fund Board

1,453,000

Malaysian Plantations Bhd

Malaysian Plantations Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam Leisure Management Bhd.

5.

Minister of Finance Government

8,505,280

Multi Purpose Holdings Bhd

a.        Multi Purpose Holdings Bhd merupakan pelabur ketiga besar dalam Leisure Management Bhd. Sebanyak 65,154,000 unit saham 457,630,258 unit saham.

b.        Ketiga Terbesar dalam Magnum Corp Bhd.

6.

Bank Negara Malaysia

170,000,000

Golden Hope Limited

Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd.

7.

Permodalan Nasional Berhad

162,052,783

Golden Hope Limited

Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd

8.

Employees Provident Fund Board

18,579,667

Golden Hope Limited

Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd

7.

Minister of Finance

7,409,222

Golden Hope Limited

Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd

8.

Permodalan Nasional Berhad

76,555,492

Hap Seng Consolidated Bhd

Hap Seng pelabur kedua terbesar dalam Calrsberg Bhd sebanyak 39,326,250 unit saham.

Begitulah serba sedikit data mengenai penglibatan hasil haram. Apa yang lebih malang adalah Kerajaan Malaysia langsung tidak mengendahkan kesan negatif yang lahir daripada industri judi dan arak ini. Menurut kajian sebuah badan bebas Amerika Syarikat iaitu National Gambling Impact Study Commision mereka mendapati kesan negatif sosial terlalu banyak akibat judi. Antara yang dinyatakan adalah seperti berikut :

a.Perkaitan judi dengan penagihan dadah.
b.Pertambahan penceraian. Iaitu 5 kali ganda daripada masyarakat biasa.
c.Pertambahan potensi dalam perlakuan jenayah.
d.Pertambahan peribadi hutang yang besar.
e.Merosakkan hubungan antara kawan dan keluarga.
f.Pertambahan kes bunuh diri.

Apabila kerajaan Malaysia menggalakkan pertubuhan industri perjudian hingga bertambah subur serta membantu kemajuan syarikat-syarikat tersebut, secara tidak langsung seolah-olah kerajaan sengaja membiarkan rakyat dicengkam gejala sosial tersebut semata-mata kerana mereka ingin mengaut keuntungan lebih daripada mereka.

Allah juga telah berfirman secara jelas tentang kesan buruk terbitan daripada judi dan arak ini :
"… Sesungguhnya Syaitan tidak mengkehendaki kepada kamu selain menumbuhkan permusuhan dan persengekataan daripada arak dan judi serta menghalang kamu daripada mengigati Allah dan daripada Solat, MAKA APAKAH KAMU MASIH TIDAK DILARANG? " ( Al-Maidah: 90)
Justeru, para pimpinan PAS berkeras mengajak rakyat untuk tidak bersekongkol dengan perkara haram ini. Allah telah berfirman dengan jelas dalam satu firmannya yang bermaksud " Janganlah kamu cenderung kepda kezaliman kelak kamu akan dihumban ke dalam api neraka Allah" ( Surah An- Nahl )

Nama Individu Muslim Yang Terlibat
Selain daripada pengelibatan dalam bentuk kewangan dan saham daripada kerajaan, beberapa indivdiu Melayu yang dipercayai beragama Islam juga terlibat menjadi individu utama dalam menerajui sayrikat gergasi judi. Berikut adalah antara nama-nama yang terlibat:

Bil

Nama Syarikat

Nama Individu Melayu

 

Jawatan

1.

Genting Berhad

Tan Sri Tun Hanif Omar

Ex- Ketua Polis

Dep Chairman

2.

Magnum Corporation Berhad

Tan Sri Dato’ Khir Johari

Ex- Menteri

Vice Chairman

3.

Resort World Berhad

Tan Sri Tun Hanif Omar

Ex- Ketua Polis

Dep Chairman

4.

Leisure Managemenat Bhd

Tan Sri Dato’ Khir Johari

Ex- Menteri

Director

5.

Magnum Corporation Berhad

Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Mohd Seth

Bekas Jeneral Tentera

Director

6.

Guiness Anchor Berhad

Dato’ Jaafar Bin Ahmad Indot

 

Director

7.

Guiness Anchor Berhad

Dato’ Alwi Bin Jantan

Bekas SUK Selangor

Ex- KSU Kementerian

Director

8.

Genting Berhad

Tan Sri Mohd Amin Osman

Ex-Timb. Ketua Polis Negara

Director

9.

Berjaya Sports Toto Bhd

Tan Sri Dato’ Jaafar Abdul

 

Director

10.

Berjaya Group Berhad

Dato’ Sulaiman Mohd Noor

 

Director

11.

Calrsberg Brewery Bhd

YAM Tunku Naqiyuddin Ibn Tuanku Jaafar

 

Director

12.

Calrsberg Brewery Bhd

Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Mohd Seth

 

Director

Jika ditinjau dari sudut hukum Islam, terlalu jelas keterlibatan dalam industri haram adalah haram hukumnya, samada pelabur, menjadi salah seorang daripada pimpinannya, penjual, pengilang, pembeli, peminum atau pemain. Semuanya yang berkaitan akan menjadikan seseorang itu 'bersubahat' sebagaimana Nabi mengisyaratkan kumpulan yang terlibat juga akan mendapat laknat Allah sebagaimana sabdanya :
" Allah SWT melaknat 10 kumpulan yang terlibat dengan arak : Pemerah, pengilang perahan, peminum, pembawa, penanggung, pemberi minum dengannya, penjual, pemakan keuntungannya, pembeli untuknya dan pembeli untuk lainnya" ( Riwayat Ibnu Majah, Tirmizi daripada Anas Bin Malik ) . Sila rujuk Fiqh al-Mazahib al-'Arba'ah : Imam Abd Rahman Al- Jaziri, Jilid 5, Darul Hadis, Kaherah dan rujuk juga Kitab Fiqh As- Sunnnah, al-Sayyid Sabiq, Jilid 2, Kaherah., hlm 518.

Manakala daging yang terbina daripada hasil yang haram akan dibalas dengan neraka. Sabda Nabi :
" Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram maka neraka adalah terlebih layak untuknya"

Jumlah Hasil Kerajaan Daripada Beberapa Industri Arak Dan Judi Terbesar.
Secara mudah kerajaan menerima hasil daripada syarikat ini melalui beberapa sumber :
a.Cukai korporat sebanyak 28 % .
b.Cukai perkhidmatan sebanyak 5 %.
c.Perlesenan.
d.Melalui syer.

Sila rujuk jadual di bawah;

Syarikat

Tahun Keuntungan

RM juta

Cukai dan Hasil Kepada Kerajaan

RM juta

Genting Berhad

1999

1,521,400,000

313,700,000

 

 

1998

909,700,000

364,000,000

 

 

1997

1,542,500,000

346,000,000

 

 

 

 

 

 

Guiness Anchor Bhd

1999

182,407,000

39,272,000

 

 

1998

147,193,000

41,338,000

 

 

1997

126,328,000

34,097,000

 

 

 

 

 

 

Magnum Corp Bhd

1999

563,334,000

140,000

 

 

1998

-

132,870,000

 

 

1997

100,946,000

142,642,000

 

 

 

 

 

 

Metroplex Bhd

1999

-

6,345,000

 

 

1998

139,642,000

8,093,000

 

 

1997

140,458,000

15,712,000

 

 

 

 

 

 

Resorts World Bhd

1999

648,100,000

2,300,000

 

 

1998

371,800,000

222,400,000

 

 

1997

1,090,900,000

224,500,000

 

 

 

 

 

 

Berjaya Sports Toto

2000

384,724,000

152,833,000

 

 

1999

438,206,000

1,284,000

 

 

1998

453,925,000

119,525,000

 

 

 

 

 

 

Leisure Mgt Berhad

1999

119,551,000

232,000

 

 

1998

51,779,000

19,820,000

 

 

2000

-

36,652,000

 

 

 

 

 

 

Tanjong Public Ltd Bhd

2000

261,191,000

53,305,000

 

 

1999

405,768,000

33,276,000

 

 

1998

327,539,000

76,704,000

 

 

 

 

 

 

Carlsberg Brewery Bhd

1999

137,935,000

-

 

 

1998

151,854,000

37,400,000

 

 

1997

160,045,000

44,260,000

 

Pembaca boleh mengira sendiri berapa juta dan bilion yang disalurkan kepada kerajaan melalui syarikat-syarikat judi dan arak Public Listed ini, itu belum dikira syarikat ‘Private Limited’ dan belum juga dikira pulangan daripada pelaburan saham ke dalam syarikat-syarikat tersebut. Sila rujuk jadual di bawah.

Daripada hasil-hasil tersebut, justeru industri haram ini dianggap begitu baik oleh kerajaan UMNO/BN. Lalu dikekalkan serta dipertahankan walaupun cukup jelas ianya bertentangan dengan hukum syarak. Nabi SAW dalam penegasan baginda tentang arak bukan sekadar penamgbilan keuntungan bahkan arak juga tidak dibolehkan untuk dijadikan ubat berdasrakan sabdanya : " Allah tidak menjadikan ubat di dalam perkara yang diharamkannya". Rujuk Syeikhul Islam Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab Fatawa al-kubra, Darul Makrifah, Juz 4, Beirut, 1988. Dalam kes Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan hanya membenarkan penjualan arak untuk non-muslim kerana ianya tidak diharamkan oleh agama mereka, justeru kebenaran untuk membuka premis arak adalah berdasarkan nisbah peratusan non-muslim yang berada di negeri tersbeut. Di Terengganu sebagai contoh jumlah non-muslim adalah kurang daripada 5 %, justeru Kerajaan Terengganu hanya ,membenarkan 3 premis arak dibuka. Begitu juga halnya dengan penternakan babi dengan memenuhi syarat-syarat tertentu sepretri tidak boleh dieksport, dikuarantin dan banyak lagi. Inilah hak kebebasan mengamalkan agama dalam sebuah negara Islam. Judi tidak dibenarkan sama sekali kerana ianya tidak dibenarkan oleh sebarang agama.

Nabi SAW mencela peminum arak sebagai berikut :

" Orang yang meminum arak sekiranya mati kelak meraka bertemu Allah seperti penyembah berhala"

( Riwayat Ahmad – Hadis Shahih – Sila lihat Musnad Ahmad Jilid 2 hlm 272 ) Juga rujuk kitab al-Kabair karangan Imam Shamsuddin Ahmad az-Zahabi, Maktabah Darul Bayan.,

Para ulama’ telah bersepakat dengan mengharamkan penjualan arak dengan nas yang thabit qat’ie. Nabi juga bersabda dalam hadis yang lain : " Sesungguhnya perkara yang haram meminumnya haram jua menjualnya dan haram membelinya dan haram memakan keuntungannya" ( Lihat Fiqh ‘al Mazahib al-‘Arba’ah : Imam Abd Rahman Al- Jaziri, Jilid 5, Darul Hadis, Kaherah )

Daripada Abdullah Bin Amru Bahawa Nabi SAW bersabda:

" Arak adalah ibu kejahatan dan dosa besar yang terbesar" ( Riwayat At-Tabrani)

Jumlah Premis Judi Negeri-Negeri Malaysia

NEGERI

PREMIS JUDI

Kuala Lumpur

266

Selangor

265

Perak

215

Johor

191

Sarawak

179

Pulau Pinang

128

Sabah

83

Melaka

78

Negeri Sembilan

77

Pahang

68

Kedah

44

Terengganu

9

Perlis

7

Wilayah Persekutuan Labuan

6

Kelantan

0

Sumber:Kementerian Kewangan Malaysia 2003