Penghayatan Islam berkesan tangani gejala dadah
KUALA LUMPUR :- Cara terbaik perangi gejala penagihan dadah ialah dengan mempertingkatkan penghayatan Islam bermula dari peringkat rendah lagi,
kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayub.
Katanya, walaupun kerajaan sudah membelanjakan sebanyak RM79.2 juta pada tahun 1999, tetapi masalah tersebut masih gagal diatasi. Malah, katanya,
merujuk kepada statistik Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), jumlah penagih di seluruh negara dari 1998 hingga 2001 seramai 223,123 orang. Jumlah itu melibatkan 70 hingga 80 peratus golongan dewasa yang berumur antara 20
hingga 40 tahun.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengisytiharkan tahun 2003 sebagai tahun memerangi dadah secara
habis-habisan. Salehuddin berkata, gejala penagihan membimbangkan, oleh demikian ia memerlukan usaha yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya gejala penagihan dadah.
Katanya lagi,
walaupun kerajaan menyediakan sebanyak 28 buah Pusat Serenti, tetapi 70 peratus pelatih yang keluar didapati meneruskan semula kegiatan mereka. Dalam usaha kerajaan memerangi penagihan dadah, beliau meminta kerajaan
memantau pusat-pusat hiburan haram yang dikatakan sebagai sarang pengedaran dadah. Kawasan bukit bendera juga tidak terlepas dari masalah penagihan dadah terutama kawasan Batu Feringgi, Tanjung Bungah, Tanjung
Tokong, Bagan Jermal, Kelawai, Air Itam dan Sekitar kawasan Bukit Bendera .Penagihan dadah terlalu ramai adalah disini adalah Pemuda UMNO .
|