Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Caruman pekerja asing dalam KWSP perlu dikembalikan

KUALA LUMPUR:- Wang caruman pekerja asing dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu dikembalikan setelah tempoh kontrak kerja mereka di negara ini tamat dan mereka pulang ke negara asal.

Mohamad Sabu (PAS - Kuala Kedah) yang membangkit perkara tersebut dalam perbahasan Rang Undang-undang KSWP (Pindaan) 2003 di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan akan menghadapi masalah sebagaimana dialami negara Singapura iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF).

Di Singapura, beliau berkata, kerajaan negara itu menetapkan kelayakan pengeluaran wang CPF ketika pencarumnya berumur 50 tahun. "Jika tidak ditangani dengan betul kita akan hadapi masalah lebih berat sebagaimana pekerja kita dengan kerajaan Singapura sekarang," katanya sambil mendakwa wang CPF tersebut digunakan untuk faedah Singapura.

Selain itu beliau menambah, kerajaan perlu membenarkan pekerja asing menyertai kesatuan sekerja di negara ini. "Jika kerajaan mempertimbangkan perkara ini ia merupakan satu kebaikan kerana mereka boleh perjuangkan nasib mereka yang sering didiskriminasi majikan sehingga ada yang dipaksa makan najis, dirogol dan melakukan kerja yang melanggari agama," katanya.

Sebelum itu, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato' Chan Kong Choy membentangkan Rang Undang-undang tersebut untuk sesi perbahasan.