KENYATAAN AKHBAR : MENTERI PEGANG SAHAM DALAM JUDI DI BUKIT TINGGI
Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri mengenai perjudian di Bukit Tinggi, Pahang seperti yang disiarkan oleh akhbar
utama hari ini, 21 Mei 2003;
a. Perjudian di Bukit Tinggi ialah judi mesin slot dan bukannya kasino b. Bahawa operator Bukit Tinggi Resort telah menyalahgunakan kelulusan judi untuk kelab.
1. Memang
benar bahawa Bukit Tinggi Resort telah mendapat kelulusan judi 250 mesin slot dan bukannya lesen kasino. Namun, perjudian adalah tetap perjudian walau apa pun bentuknya. Bahkan, mengikut setengah pihak, perjudian
mesin slot lebih menguntungkan operator kerana peminatnya adalah dari pelbagai lapisan pendapatan dan usia. Dengan itu, ia lebih memudaratkan masyarakat dari judi kasino. Oleh itu, menjadi tanggung jawab moral
kerajaan menjelaskan apa perlunya lesen perjudian diberikan kepada Bukt Tinggi Resort.
2. Semakan kami mendapati bahawa antara pemegang saham Bukit Tinggi Resort ialah; a. YM Dato' Tengku Adnan Tengku
Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan jumlah saham 63.859 juta saham b. Anak syarikat kerajaan negeri Pahang, Pasdec Corporation dengan 45.546 juta saham
3. Dengan pemilikan saham oleh menteri
kabinet yang rapat dengan YAB Perdana Menteri adalah sangat disangsikan tujuan sebenar kelulusan perjudian ini dikeluarkan. Ia juga menggambarkan pertentangan tanggungjawab moral anggota kabinet dalam mewujudkan
masyarakat bermoral dengan penglibatannya dalam perjudian, walau dalam apa juga bentuk.
4. Penjelasan YAB Menteri Besar Negeri Pahang, YAB Dato' Adnan Yaakob bahawa beliau tidak mengetahui kelulusan lesen
perjudian di Bukit Tinggi dengan sendirinya amat meragukan. Sebagai Pengerusi PKNK yang menjadi syarikat induk kepada Pasdec Corporation, bagaimana mungkin beliau tidak mengetahui perkembangan yang berlaku di Bukit
Tinggi.
5. Oleh kerana Tabung Haji mempunyai saham dalam Pasdec Corporation, adalah wajar kerajaan bertindak sewajarnya.
Sekali lagi, kelulusan lesen judi tambahan yang bertapak di Pahang tidak dapat
dipertahankan justifikasi moralnya. Ia mungkin hanya bertujuan membantu Bukit Tinggi Resort menjelaskan tanggungannya yang berjumlah melebihi RM 285 juta.
Tindakan sewajar dan bijaksana dengan mengambil kira
moral rakyat negara kita dari YAB Perdana Menteri amatlah diharapkan.
21 Mei 2003
|