Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

AKUAN KELEMAHAN ANGGOTA PDRM
Wartawan Pencen :-Perutusan ketua polis negara Sempena hari polis ke 196
25 Mac 2003

Kritikan-kritikan ini berpunca dari satu-satu peristiwa atau hubungan yang berlaku di antara anggota  PDRM dengan ahli masyarakat.  Ia samada diasaskan kepada fakta yang betul dan yang salah, persepsi dan prasangka yang tidak berasas.   Kritikan dan tohmahan ini boleh dikategorikan seperti berikut:-

(I)Rasuah: umum menganggap apabila tiada diambil tindakan undang-undang keatas sesuatu kesalahan, pegawai yang bertanggungjawab telah dirasuah. Sebagai contohnya, apabila terdapat mesin kuda haram di sesuatu kawasan, kpd, pegawai dan kpb dianggap memberi perlindungan. Begitu juga rasuah dikaitkan dengan lain-lain maksiat dan perjudian. Disamping itu dalam kes-kes yang spesifik, pegawai dan anggota kita telah melakukan rasuah sehingga ditangkap oleh BRR. Pada tahun 2002 seramai 80 pegawai dan anggota telah di serkap. Penyakit rasuah ini masih lagi menjadi punca utama yang menjejaska,imej(PDRM).
(II)   Penyalahgunaan kuasa:  ini didakwa dilakukan oleh semua peringkat, berpunca daripada motif jahat dan buta undang-undang serta tatacara kerja.  Sebagai contohnya, pemeriksaan dan penahanan salah orang awam dan,pendatang.
(iii)  layanan sambil lewa: tidak profesional dan tidak prihatin, tohmahan dalam kategori ini banyak tertumpu kepada layanan pejabat pertanyaan di balai-balai dan tindak-tanduk pegawai penyiasat samada jenayah mahupun trafik.
(iv)   berbudi bahasa: berbahasa kasar, sombong dan menunjukkan kuasa. Aduan tertumpu kepada individu tertentu di kalangan pegawai mahupun anggota pangkat rendah yang `emotional' dan tidak dapat mengawal kelakuannya.
(V)    Cuai melaksanakan tugas: kes-kes kecuaian sehingga orang tahanan lari daripada lokap dan pegawai penyiasat tidak menyiapkan siasatan adalah contoh yang nyata.
(vi)   melakukan jenayah: walaupun bilangannya kecil. Terdapat anggota polis terlibat dalam kes-kes rompakan, merogol, penyeludupan dan ancaman jenayah.  Ini terbukti daripada mereka yang dituduh di mahkamah.

Sudah menjadi lumrah alam, cerita-cerita yang negatif ini lebih menarik dibicarakan daripada berita-berita yang positif. Sehingga ada yang menganggap bahawa kelemahan ini berleluasa di dalam pasukan kita. Walhal, PDRM telah melaksanakan dasar tidak bertolak ansur dalam menegakkan tatatertib.  Ini jelas daripada perangkaan seramai 754 pegawai dan anggota telah diambil tindakan tatatertib dan seramai 98 orang telah dibuang kerja di sepanjang  tahun lepas. "Allah suka apabila seorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokan kerjanya." (muslim & bukrari) berteraskan sifat ikhlas dan berilmu di dalam memenuhi Tema Mesra, Cepat dan Betul.