Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Lebih sejuta pekerja asing di Malaysia

KUALA LUMPUR:-Sejumlah lebih sejuta pekerja asing bekerja di Malaysia dalam pelbagai sektor kata Menteri Sumber Manusia, Dato' Dr Fong Chan Onn.

Daripada jumlah tersebut, sekitar 332 ribu atau 31.4 peratus pekerja asing bekerja di sektor perkilangan manakala selebihnya dalam sektor-sektor lain.

Dalam sessi soal jawab di Parlimen pagi ini beliau mengakui masalah kekurangan buruh dalam negara masih berada di tahap serius tetapi masih terkawal.

Beliau berkata, Kerajaan menggunakan pekerja-pekerja asing dari negara Indonesia, Thailand, Kemboja, Nepal, Vietnam, Laos dan Filipina.

Setakat ini katanya, sejumlah lebih tiga ribu orang pekerja mahir dalam negara masih belum mendapat pekerjaan manakala lima ribu orang siswazah telah mendaftar kepada kementerian untuk mencari kerja.

Menjawab soalan lain mengenai sektor perkilangan beliau berkata, Kerajaan mempunyai polisi untuk menggalakkan kilang-kilang di negara ini menggunakan sepenuhnya automasi dan teknologi tinggi bagi mengurangkan penggunaan pekerja asing.

Katanya, pihak kementerian sentiasa berhubung dengan kilang-kilang berkenaan untuk mendapat maklumat jika terdapat lebih pekerja asing, mereka akan disalurkan ke sektor lain.
Dari segi jangka panjang katanya, Kerajaan akan terus menasihatkan sektor perkilangan menggunakan teknologi sepenuhnya untuk meingkatkan kualiti produk serta berdaya saing.