Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Petition Bantahan Pelaksanaan Cara Pemakaian Tudung Baru

URL : http://www.petitiononline.com/Anseri03/petition.html

To: YB Menteri Pembangunan Usahawan; (CC: Perdana Menteri Malaysia)

Merujuk kepada surat daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM/HEP/01 Klt 3 (169), 6hb Oct 2003), kami dari persatuan ANSARA (cawangan MRSM Beseri), dan masyarakat Malaysia yang prihatin, dengan ini membantah pelaksanaan cara pemakaian tudung (dengan mengikat hujung tudung ke belakang) dan larangan pemakaian tudung labuh di kolej-kolej MARA dan MRSM di seluruh negara.

Arahan dan larangan tersebut ternyata bercanggah dengan suruhan Allah di dalam Surah An Nur ayat 31.

Firman Allah yang bermaksud : " Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada wanita-wanita mukminat agar mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang telah zahir pada dirinya dan hendaklah mereka menutup dengan tudung mereka ke atas dada mereka dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, bapa-bapa mereka, bapa suami mereka, anak-anak mereka, anak-anak suami mereka, anak-anak lelaki bagi saudara lelaki mereka, anak-anak lelaki bagi saudara perempuan mereka, wanita-wanita Islam, hamba sahaya yang mereka miliki, lelaki yang mengikut mereka yang sudah tidak mempunyai keinginan ( terhadap perempuan ) atau kanak-kanak kecil yang belum mengetahui mengenai aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka supaya diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."

Sincerely,

The Undersigned