Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Tarikh : 2 Oktober 2003 / 6 Syaaban 1424

Daripada : ISHAK BIN ISMAIL D/a 18-3, Ting. 2, Kompleks Udarama, Jalan 3/64A, Off Jalan Ipoh,
50359 Kuala Lumpur.

Kepada : KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Jalan Stadium
50150 Kuala Lumpur

Tuan,

ADUAN POLIS MENGENAI LAPORAN AKHBAR YANG MENDEDAHKAN BAHAWA TOKOH WANITA YANG BERGELAR DATUK DALAM KES PENYELUDUPAN KERETA MEWAH TANPA MEMBAYAR DUTI KASTAM ADALAH DATUK DR SITI ZAHARAH SULAIMAN

Saya Ishak bin Ismail nombor kad pengenalan 680515-07-5207 (baru) / A0986911 (lama) di alamat 18-3, Ting. 2, Kompleks Udarama, Jalan 3/64A, Off Jalan Ipoh, 50359 Kuala Lumpur; bekerja sendiri, berbangsa Melayu dan beragama Islam dengan ini mengemukakan laporan polis seperti mengikut kata-kata aduan berikut :

Pada 30 September 2003 saya telah membaca akhbar The Malay Mail bertarikh 30 September 2003 muka surat 7 yang bertajuk "What Probe?". Laporan akhbar ini menyiarkan bahawa Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman telah menimbukan kecurigaan wartawan, Pauline Almeida bahawa beliau adalah tokoh yang dimaksudkan dalam kes penyeludupan kerata mewah Mercedes-Benz S320 oleh seorang wanita bergelar Datuk.

Saya dapati daripada laporan akhbar tersebut, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman cuba untuk mengelakkan diri apabila ditanya oleh wartawan tentang kemungkinan penglibatan beliau dalam isu kereta mewah yang diseludup oleh seorang tokoh wanita bergelar Datuk. Bahkan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman meminta agar wartawan tersebut beralih kepada isu lain apabila ditanya lebih lanjut tentang keterlibatan beliau. Tindakan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman yang cuba mengelakkan diri dengan tergesa-gesa dan tidak mahu melayan pertanyaan wartawan telah menimbulkan kecurigaan bahawa beliau mungkin terlibat dengan penyeludupan kereta mewah tersebut. Secara psikologinya, sekiranya Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman tidak terlibat dengan isu tersebut, beliau wajar memberikan layanan baik kepada wartawan tersebut termasuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan. Tindakan beliau yang cuba berlepas diri dengan tergesa-tesa menunjukkan bahawa dakwataan Jabatan Kastam tentang keterlibatan beliau berkemungkinan besar adalah benar.

Akhbar tersebut juga melaporkan bahawa pengawal rumah tokoh tersebut telah mendakwa bahawa rumah tersebut adalah milik seorang VIP yang menduduki jawatan yang kanan dalam kerajaan. Ini menjelaskan kemungkinan keterlibatan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa :

o Besar kemungkinan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman adalah orang dimaksudkan sebagai tokoh wanita yang bergelar Datuk dalam kes penyeludupan kereta mewah Mercedes-Benz S320; o Jika benar beliaulah orangnya, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman telah melakukan kesalahan menyeludup, memiliki dan menyimpan kerata mewah Mercedes-Benz S320 tanpa membayat duti kastam; o Beliau juga telah menyembunyikan kereta mewah tersebut selepas pegawai kastam beberapa kali mengunjungi rumah beliau untuk melakukan siasatan, sedangkan dalam kunjungan pegawai kastam yang awal kereta tersebut ada di rumahnya dan pegawai kastam tersebut telah merakam gambar kereta tersebut; o Beliau juga berkemungkinan telah menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang anggota Kabinet untuk membolehkan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz S320 diseludup dan dimiliki oleh beliau; o Beliau juga melalui pengawal peribadinya telah menghalang tugas penjawat awam - pegawai kastam - untuk menyiasat kedudukan kereta mewah tersebut.

Oleh yang demikian, saya menggesa pihak tuan menyiasat aduan saya di atas untuk tujuan bagi mempastikan bahawa adakah Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman benar-benar terlibat dalam isu kereta mewah ini.

Saya menggesa pihak polis supaya menahan dengan segera Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman untuk membolehkan satu siasatan terperinci dibuat di atas beberapa salah laku beliau dalam isu kereta mewah tersebut. Sebagai seorang menteri Kabinet, perbuatan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman berkemungkinan besar mempengaruhi orang lain, khususnya menteri Kabinet dan para pemimpin BN untuk melakukan kesalahan yang serupa, dan kemungkinan beliau sendiri mengulangi kesalahan tersebut juga ada sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh pihak tuan. Jangan biarkan pemimpin BN terus menyalahi undang-undang dalam mengejar kepentingan politik sempit mereka.

Sekian, inilah aduan saya.

Bersama ini dikepilkan salinan laporan akhbar The Malay Mail bertarikh 30 September 2003 yang bertajuk "What Probe?".

ISHAK BIN ISMAIL