PERANG KAPItALIS… PEKERJA MERANA
Kami, warga pekerja & industri malaysia mengutuk tindakan kuasa dunia dipelopori oleh negara kapitalis amerika, britain dan sekutu mereka yang sanggup
berperang membunuh rakyat awam di iraq, dan sekaligus menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat demi kepentingan dan keuntungan kapitalisme.
Keghairahan mereka mengeksploitasi globalisasi, teknologi, isu
pengganas dan peperangan semata-mata untuk memonopoli sumber-sumber kekayaan dunia telah menjerumuskan kehidupan warga pekerja dan rakyat dunia ke dalam kancah kesengsaraan, dan kerakusan kapitalisme yang semakin
bermaharajalela sedang menjunamkan dunia ke dalam lurah kehancuran.
Sikap tamak golongan kapitalis ini telah menyebabkan kelas pekerja sedunia merana. Kapitalis ini menyebabkan:
- pekerja hilang pekerjaan, - gaji rendah, - ekonomi tidak stabil, - nilai-nilai sosial dan sumber semulajadi hancur
Justeru itu, hari ini, sempena ulang tahun ke-117 Sambutan Hari Buruh Sedunia,
kami warga pekerja Malaysia dari pelbagai sektor, kaum, budaya, agama dan jantina bersama pekerja sedunia menuntut kedamaian, keadilan sosial dan pembangunan saksama demi kesejahteraan sejagat.
Kami menuntut
Kerajaan Malaysia menjamin kepentingan kaum pekerja dengan melaksanakan tuntutan-tuntutan kami seperti berikut:
1. HENTIKAN PEPERANGAN & SELAMATKAN NYAWA - Boikot Barangan Amerika Syarikat dan Britain
dan sekutunya atas tindakan mereka terhadap rakyat Iraq. - Hadapkan mereka yang mengancam keamanan sebagai penjenayah perang - Hentikan perbelanjaan ketenteraan yang berlebihan dan hentikan pamiran tahunan
(lima) untuk mempromosikan peralatan perang
2. MENJAMIN HAK DAN KESEJAHTERAAN KAUM PEKERJA - Gubal Akta Gaji Minima yang adil selaras dengan tahap inflasi negara dan pendapatan perkapita Negara.
- Kenaikan Gaji yang adil dan pengagihan keuntungan yang lebih saksama dan adil - Kerja 5 hari seminggu, cuti bersalin 90 hari untuk menrealisasikan penumpuan lebih masa warga pekerja terhadap pembangunan
keluarga dan sosial - Lancarkan Tabung Pemberhentian kerja untuk membantu pekerja-pekerja yang dibuang kerja
3. JAMIN HAK KESATUAN SEKERJA - Jamin hak menubuhkan kesatuan sekerja dan laksanakan rangka
perundingan tiga pihak ( tripartism) yang berkesan , adil dan demokratik - Gubal undang-undang untuk haramkan gangguan seksual terhadap pekerja wanita
4. JAMIN HAK PEKERJA ASING - Jamin hak pekerja
asing dengan undang-undang yang adil daripada dimangsakan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak majikan dan jentera kerajaan ( polis dan imigresen )
5. HAK PERUMAHAN & TANAH - Bina rumah teres kos
rendah atau peruntukkan lot tanah untuk membina rumah yang mencukupi, murah dan berkualiti untuk keselesaaan dan keharmonian kehidupan keluarga warga pekerja - Haramkan sebarang pengusiran secara paksa oleh
pihak kerajaan dan pihak pemaju/majikan - Gazetkan dan pelihara hak tanah masyarakat orang asli dan kemudahaan-kemudahaan asas perlu disediakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh
6. JAMINAN MAKANAN UNTUK RAKYAT - Gazetkan tanah untuk aktiviti pertanian untuk menjamin penggunaan tempatan yang mencukupi dan membendung harga makanan untuk jangka panjang
7. HENTIKAN PENGSWASTAAN KEMUDAHAN AWAM & PEMBAZIRAN WANG RAKYAT - Mansuhkan polisi penswastaan dan pengkopratan perkhidmatan kesihatan ,pendidikan dan perkhidmatan awam yang lain yang membebankan rakyat -
Hentikan projek-projek mewah yang tidak bermanfaat kepada rakyat dan yang merosakkan alam sekitar - Hentikan penyalahgunaan wang rakyat (kwsp, perkeso, tabung haji ) dengan sewenang-wenangnya untuk projek-projek
mewah dan menyelamatkan ahli-ahli korporat dan kroni
8. MANSUHKAN UNDANG-UNDANG YANG MENCABUL HAK ASASI - Mansuhkan undang-undang yang mencabul hak asasi dan hak demokrasi tulen rakyat seperti ISA, OSA,
AUKU, Akta pertubuhan, akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan beberapa seksyen daripada Akta Polis - Bendung salahguna kuasa-kuasa polis
9. PEMERINTAHAN TELUS, BERSIH DAN BERWIBAWA - Tegakkan pemerintahan
yang bersifat transparen, bertanggungjawab dan kredibel untuk mempertingkatkan kebebasan dan kecekapan jentera-jentera pentadbiran negara
10. HENTIKAN DISKRIMINASI PERKAUMAN - Hentikan politik perkauman
serta mansuhkan polisi ekonomi dan sosial yang bersifat diskriminasi kaum , agama , jantina dan pegangan politik.
LAJNAH PEKERJA & INDUSTRI DPPNPP .
|