APA ITU KESATUAN?
 
 

Kapitalisme

Dalam masyarakat kapitalis, kaum kapitalis (pemodal /majikan), memiliki alat-alat pengeluaran seperti tanah, kilang-kilang, alat-alat jentera, perkakas dan lain-lain.

Oleh sebab pekerja-pekerja tidak memiliki harta,maka mereka terpaksa menjual tenaga kepada kapitalis untuk mendapatkan gaji dan meneruskan hidup. Ini juga telah memaksa pekerja-pekerja bersaing di antara mereka untuk mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan mereka.

Kapitalisme didorong oleh tujuan keuntungan. Iaitu, pihak kapitalis hanya berminat mendapatkan keuntungan dengan membayar kepada pekerja-pekerja dengan kadar gaji yang rendah. Gaji ini lebih rendah daripada nilai yang sepatutnya dari apa yang dihasilkan para pekerja.

Jadi, demi menjaga keuntungan maksima para pemodal, kita sering mendapati bahawa terdapat pertentangan di bawah kapitalisme. Pertentangan ini berlaku di antara dua pihak, iaitu pihak pemodal/kapitalis dan para pekerja. Kapitalis inginkan lebih keuntungan dan sebaliknya pada pekerja hanya mahukan gaji yang mencukupi supaya mereka boleh terus hidup.

Mengapa pekerja-pekerja menjadi anggota kesatuan?

Adalah penting untuk pekerja-pekerja memasuki kesatuan supaya mereka mendapatkan perlindungan dari kapitalis yang selalu menindas mereka.

Kapitalis selalu menindas pekerja-pekerja kerana kehendak mereka adalah bertentangan dengan pekerja. Kapitalis sering hendak menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran dengan kadar kos yang minima. Manakala, para pekerja menghendaki gaji yang lebih tinggi dan masa kerja yang pendek. Situasi ini memang terjadi di dalam sistem kapitalis sekarang, di mana kilang-kilang dimiliki oleh golongan kapitalis yang kuat, kecil bilangannnya tetapi mereka tidak melakukan pekerjaan. Di samping itu, golongan pekerja yang merupakan bilangan yang terbesar dan melakukan segala usaha bekerja , tetapi tidak memiliki apa-apapun.

Peranan Kesatuan

Kesatuan ialah pertubuhan pekerja utama dalam rangka perhubungan antara pekerja dengan majikan. Semua pekerja harus bersama-sama menyusun kesatuan mereka bagi menghadapi dan menentang kapitalis untuk membaiki syarat pekerjaan mereka. Contohnya, melalui perundingan kolektif – dan untuk melindungi kepentingan ekonomi dan kepentingan pekerja yang lain. Kesatuan menyatukan ahlinya, di samping menguatkan perpaduan .

Kesatuan sepatutnya diuruskan sebagai sebuah badan tetap yang demokratik. Maka, ia tidak hanya aktif apabila pekerja menghadapi masalah, tetapi merupakan pertubuhan yang sentiasa memelihara dan memajukan kepentingan ahlinya.

Kesatuan sepatutnya mewakili dan melindungi pekerja tanpa diskriminasi, baik dari segi kaum, agama, jantina, umur dan selanjutnya. Setiap ahli kesatuan, sama ada ahli biasa atau pemimpin yang terpilih, mempunyai tanggungjawab untuk memajukan kesatuan.

Gerakan Pekerja

Gerakan Pekerja ialah perjuangan pekerja untuk mendapatkan hak-hak mereka, dari segi ekonomi, politik dan sebagainya. Gerakan ini melambangkan ikhtiar pekerja untuk mengambil balik nilai ciptaan pekerja, yang telah rampas oleh kapitalis selama ini.

Perjuangan pekerja biasanya bermula di sekitar tiga jenis tuntutan utama:

1. Kebebasan menubuhkan kesatuan bagi memelihara keselamatan mereka dalam menghadapi majikan. Contohnya, memperbaiki jaminan kerja.

2. Upah yang lebih baik dan faedah lain yang merupakan usaha pekerja untuk mendapat balik hasil kerja mereka dan juga demi memperolehi taraf hidup yang lebih selesa

3. Menuntut keadaan kerja yang lebih selamat dan kesihatan pekerja yang lebih baik

     

 

Dari Mana Datangnya Kuasa Pekerja?

Bilangan
- Kita mempunyai bilangan yag lebih dan majikan bilangannnya kecil saja

Perpaduan – Kaum pekerja kuat bila bertindak secara bersatu, kita pasti akan menjadi lemah bila majikan dapat memecah-belahkan kita. Oleh itu ada banyak slogan di dalam pergerakan pekerja di seluruh dunia mengenai perpaduan:

- Kecederaan untuk satu adalah kecederaan untuk semua pekerja-pekerja
- Pekerja yang bersatu tidak dapat dikalahkan
- Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh


Organisasi

Pekerja-pekerja hanya boleh bertindak secara padu hanya apabila mereka telah diusir.

 Kesatuan boleh menyediakan organisasi di beberapa peringkat:
- Di dalam kilang
- Di kawasan tempatan
- Di dalam perindustrian
- Di dalam negeri
- Di peringkat antarabangsa

Dengan kuasa modal yang kuat dan pergerakan modal yang bebas, pihak kapitalis setempat dan sedunia memang telah cukup tersusun di semua peringkat. Mereka menyusun segala usaha meminimakan kos pengeluaran, memonopolikan pemasaran dan menindas hak pekerja untuk tuntutan hak. Maka, kita juga mesti berbuat demikian demi kepentingan dan keadilan ekonomi dan politik kaum pekerja.


Tindakan Perindustrian

Kuasa yang paling besar ada pada kaum pekerja ialah kuasa kita menjalankan kerja pengeluaran. Jika kita enggan melakukan kerja pengeluaran, maka tidak adalah pegeluaran yag dapat dihasilkan untuk keuntungan pihak kapitalis. Justeru itu, inilah kuasa permogokan. Ia adalah satu tindakan perindustrian yang sangat berkesan. Tetapi ia hanya dapat dijalankan apabila kita boleh mengelakkan para pengacau agar yang tidak menyertai permogokan.

Justeru itu, mogok aadalah jenis tindakan tertinggi yang boleh dilancarkan oleh pekerja di tempat kerja untuk menyokong tuntutan ekonomi mereka. Mogok melumpuhkan dan menghentikan pengeluaran, dan boleh memaksa kapitalis tunduk kepada tuntutan pekerja.

Terdapat dua jenis mogok di tempat kerja dan mogok umum atau hartal:

1. Mogok di tempat kerja melibatkan pekerja di satu tempat kerja, tetapi secara tidak langsung, juga melibatkan pembekal bahan mentah dan pembeli barang siap.

2. Mogok umum bermaksud pemberhentian kerja secara serentak untuk mencapai tuntutan bersama – yang melibatkan banyak kesatuan, banyak tempat kerja sejenis industri, satu atau beberapa kawasan perindustrian atau mungkin seluruh negara. Mogok umum merupakan senjata paling berkesan bukan sahaja untuk mencapai tuntutan ekonomi, tetapi juga untuk menyokong tuntutan yang melibatkan isu negara. Mogok yang diselaraskan di suatu jenis industri ataupun suatu syarikat gergasi boleh membawa kepada mogok umum di seluruh negara.

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis tindakan perindustrian yang lain seperti:

1. Surat Rayuan
Surat rayuan merupakan senarai tuntutan yang ditandatangani oleh pekerja (senarai mungkin) dan dihantar kepada pihak majikan atau pejabat kerajaan berkenaan. Tindakan demikian tidak memberi kesan langsung terhadap pengeluaran, tetapi merupakan cara sederhana untuk menekan kapitalis.

2. Perwakilan
Ramai pekerja harus menghadiri penyusulan tuntutan, sama ada di pejabat kapitalis atau agensi kerajaan berkenaan. Tindakan demikian juga tidak mengganggu pengeluaran kalau dibuat di luar waktu kerja, tetapi menekankan pihak berkenaan dengan lebih berkesan.Melalui tindakan bekerjasama dan pekerja menunjukkan sokongan kuat terhadap mereka.

3. Memperlahankan Kerja (Slowndown atau Go Slow)
Tindakan demikian memperlahankan pengeluaran selagi tuntutan pekerja tidak dilayan. Perpaduan dan penyertaan ramai pekerja penting supaya kapitalis tidak dapat mengenal
akan mengurangkan untung kapitalis. Ia akan memaksa pihak kapitalis berbincang dengan pekerja serta menimbangkan tuntutan mereka.

4. Pemulauan (Boikot)
Kalau pekerja enggan bekerja lebih masa (overtime) dan mengikut arahan dan rancangan kapitalis, majikan terpaksa menghadapi isu berkenaan dan mungkin akan menyerah. Tindakan demikian biasa dilakukan bila terdapatnya isu yang tidak dapat diselesaikan.
Pemulauan atau boikot tertentu tidak menganggu pengeluaran, contohya, keengganan menyertai sesuatu jamuan atau temasya.Tetapi permulauan kerja lebih masa pasti dapat mengurangkan pengeluaran.

5. “Walkout”
“Walkout” adalah tindakan tiba-tiba di mana kerja dihentikan beramai-ramai oleh pekerja. Kilang menjadi lumpuh, dan jika tidak dijangka, kapitalis akan menghadapi tekanan yang berat.

6. Cuti Beramai-ramai
Permintaan ramai pekerja untuk cuti sakit/dan cuti kecemasan. Juga sangat berkesan jika disusun dan diselaraskan dengan baik.

Penting diingat mengikut bahawa undang-undang buruh di Malaysia.Jika pekerja tidak hadir untuk kerja lebih dari 48 jam, majikan berhak memecat pekerja berkenaan. Bagaimanapun, pekerja boleh menggunakan taktik “hit and run”, contohnya tidak hadir untuk satu hari, balik bekerja dan tidak hadir lagi.

7. Piket
Perkumpulan pekerja beramai-ramai di luar tempat kerja atau tempat di mana berlakunya pertikaian (contohnya, ibu pejabat syarikat), dengan pelekat poster dan sepanduk, supaya dapat dilihat oleh orang ramai, untuk mendapat simpati dan sokongan oleh orang ramai.

8. Tunjuk perasaan
Tunjuk perasaan adalah perkumpulan beramai-ramai dengan pelekat poster dan sepanduk, yang menonjolkan isu buruh dan negara yang melibatkan mereka. Seperti tindakan lain, tunjuk perasaan boleh melibatkan ramai pekerja dan mendapat sokongan berbagai kelompok orang ramai.


Perpaduan

Kita boleh menggunakan kuasa yang ada pada komuniti atau seluruh industri untuk menentang majikan.Ia pernah berlaku dalam sejarah gerakan buruh kita, kita pernah lakukan perboikotan- barang pengguna-pengguna, permogokan simpati dll.


Pengentahuan tentang pengeluaran

Kita harus mengetahui bagaimana proses pengeluaran berlaku di dalam kilang. Pada hakikatnya, majikan hanya ada pengetahuan teori tentang proses pengeluaran tetapi pekerja-pekerjalah yang menpunyai pengetahuan proses yang praktis dan mendalam sekali.

Kadang-kadang kita boleh mengganggu pengeluaran dengan cara-cara yang tidak boleh dikesan oleh majikan. Kita boleh memilih masa untuk mengganggu proses pengeluaran. Khasnya, bila masa yang tidak baik untuk majikan (contohnya- bila ada tempahan yang besar yang mesti disiapkan dengan segera)


Propaganda

Semua kesatuan bukannya sama. Kadang-kadang majikan menubuhkan kesatuan mereka sendiri. Ada kalanya mereka jua menyerap ke dalam kesatuan-kesatuan itu yang ditubuhkan oleh pekerja-pekerja. Mereka berbuat demikian untuk mengelirukan dan memecah-belahkan perpaduan pekerja-pekerja dan melemahkan kesatuan.

Kesatuan yang serius yang berjuang untuk mengatasi penindasan dan eksploitasi adalah dipanggil “kesatuan progresif” ataupun “ kesatuan tulen”.

Pekerja-pekerja tidak akan memiliki kuasa kalau kesatuan sekerja mereka boleh dibeli oleh pihak kapitalis. Satu kesatuan yang “Progresif” ataupun “Tulin”, ia akan bersikap serius hendak berjuang sehabis-habisnya untuk mengatasi penindasan dan eksploitasi yang dihadapi oleh pekerja dan ahlinya. Kesatuan akan berusaha gigih untuk membina perpaduan, bertindak secara kolektif dan berdisplin bersama-sama semua pekerja demi keadilan untuk semua.


Bagaimana kita boleh berbuat demikian?

Prinsip-Prinsip Kesatuan Progresif

Kesatuan progresif mengguna prinsip-prnsip seperti berikut:

- Demokrasi
- Penguasaan pekerja-pekerja
- Kesatuan kebangsaan /kesatuan perindustrian
- Kebebasan

Untuk membina perpaduan, bertindak secara kolektif dan berdisplin


Demokrasi

Demokrasi kita bermaksud bahawa pegawai-pegawai di peringkat kilang mestilah mempunyai mandat dan melaporkan semula kepada kesatuan. Apakah yang dimaksudkan ? Jawatankuasa di tempat kerja mesti menemui anggota-anggota dan mendapatkan keputusan dari mereka mengenai sesuatu isu. Kemudian mereka hendaklah membawa keputusan ini ke mesyuarat yang lebih atas. Selepas mesyuarat tersebut jawatankuasa tempat kerja hendaklah melaporkannya semula kepada anggota-anggota. Mandat kita adalah seperti yang dinyatakan oleh Anggota Parlimen. Apabila anggota parlimen bercakap mengenai mandat, beliau maksudkan bahawa rakyat telah memilihnya dalam pilihnaraya, maka dengan itu beliau mendapat mandat dari mereka. Pegawai-pegawai kesatuan kena mendapatkan mandat bagi setiap keputusan yang hendak dibuat.

Wakil-wakil kita adalah bertanggungjawab terhadap anggota-anggotanya. Jika pegawai-pegawai tidak melakukkan apa yang diputuskan oleh anggoata-anggotanya, maka mereka boleh menggantikannya dengan yang lain.


Penguasaan Pekerja

Kesatuan bukanlah berada di pejabat, kesatuan adalah hak kepada para pekerja. Oleh itu, dalam setiap struktur kesatuan, pekerja-pekerja adalah mepunyai majoriti. Ini menjadikan kesatuan berada di tangan anggota-anggotanya.

Kesatuan Kebangsaan Dan Kesatuan Industri

Para Pemodal akan pergi ke mana sahaja di mana mereka boleh membuat keuntungan yang besar.Oleh itu, kesatuan-kesatuan sekerja hendaklah membentuk kesatuan kebangsaan untuk mewakili para pkerja yang terdapat diseluruh tanahair. Kesatuan kebangsaan hendaklah membentuk struktur di peringkat local  wilayah.

Perlembagaan kesatuan hendaklah menyatakan dengan jelas bagaimana struktur ini boleh berfungsi. Hendaklah ada peraturan mengenai struktur ini. Setiap polisi hendaklah menjadi panduan kepada kesatuan. Ianya hendaklah menjelaskan bagaimana kesatuan dapat mencapai objektifnya. Anggota-anggota membuat polisi dengan memberi mandat kepada para perwakilan di mesyuarat agong atau dalam persidangan perwakilan atau dalam mesyuarat exco.

Kesatuan kebangsaan atau kesatuan –kesatuan industri yang besar boleh mempengaruhi industri yang mereka organisir. Mereka boleh membuat tuntutan bagi latihan, pekerjaan dan jaminan –jaminan pekerjaan bagi anggota-anggotanya.

Faktor-Faktor yang melemahkan kuasa kesatuan

Ko-optasi pegawai-pegawai

Para majikan sering menaikkan pangkat pegawai-pegawai kesatuan yang militan di peringkat bawah hingga menjadi penyelia atau pergurus untuk memecah-belahkan perpaduan dan melemahkan pekerja. Pada satu ketika pegawai kesatuan di peringkat kilang begitu militant sekali, manakala pada satu ketika yang lain beliau bertukar menjadi pegawai syarikat yang mengambil dan membuang pekerja. Adalah mudah bagi para majikan untuk melakukannya memandangkan tidak ada cara lain yang pekerja boleh dinaikkan pangkat. Satu cara untuk mengelak dari berlakunya hal semacam ini berlaku maka kesatuan hendaklah menuntut supaya satu sistem latihan baru diperkenalkan di mana ianya mengajar para pekerja dengan kemahiran yang baru. Pekerja-pekerja akan naik mengikut nak tangga kemahiran dan tidak dengan menjadi penyelia atau pengurus. Dengan berbuat demikian adalah sukar bagi para majikan untuk mengko-optasi pegawai—pegawai kesatuan peringkat bawah.


Memutarbelitkan Maklumat

Anggota-anggota dan pegawai-pegawai kesatuan di peringkat Jawatankuasa yang tidak aktif adalah merupakan satu ancaman yang besar kepada kuasa kesatuan. Mereka biasanya tidak hadir ke mesyuarat. Mereka mendengar maklumat dari orang lai dan menghebahkannya kepada anggota-anggota. Sering kail maklumat yang disebarkan adalah salah.Ini menimbulkan kekeliruan dan hilang kepercayaan di kalangan pekerja-pekerja kerana pekerja-pekerja sering menerima laporan sama isu/mesyuarat yang sama.

Anggota jawatankuasa/pegawai jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat akan tetapi tidak mendapat mandat dari anggota-anggotanya juga merupakan satu masalah. Ini adalah kerana mereka tdak mungkin dapat melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat disebabkan oleh para pekerja telah tidak diajak berunding dan tidak memberi mandat kepada mereka.


Kurangnya Komitmen dan Displin

Prinsip-prinsip yang diwujudkan oleh kesatuan yang baik dan progresif akan dengan mudah menjadi rosak jika jawatankuasa tempat kerja tidak dipilih dengan baik. Anggota-anggota sering dikelirukan oleh rakan sekerjanya yang patah bercakap, agresif dan militant dan memilihnya sebagai pemimpin di peringkat jawatankuasa tempat kerja. Pemimpin peringkat kilang yang baik adalah mereka yang mempunyai komitmen yang penuh terhadap perjuangan, mereka yang berdisplin dan mereka yang bersedia untuk mendengar keluhan rakannya dan sanggup mengemukakan segala kemusykilan para pekerja.

Penyusupan ke atas anggota-anggota dan para pemimpin

Para majikan dan pemerintah sering memasang pemberi maklumat atau “informer” di kalangan para pekerja dan mengo-optasi anggota-anggota dan pemimpin-pemimpin untuk mendapatkan maklumat mengenai kesatuan. Ini boleh mengujudkan perpecahan di kalangan anggota-anggota dan melemahkan kesatuan.Pemimpin-pemimpin peringkat kilang hendaklah sering mengawasi hal ini.


MAJIKAN

Dari mana datangnya kuasa yang ada pada syarikat?

Hak Milik
- Mereka memiliki kilang, bahan-bahan dsb. Ini bermakna bahawa mereka boleh memutuskan sama ada mahu membuka atau menutup kilangnya. Mereka juga boleh membuat semua keputusan mengenai pesanan, jualan, pengeluaran dsb.

Mereka mengambil dan membuang pekerja – Ini memberikan kuasa yang luas buat mereka. Kita boleh menyekatnya sedikit melalui undang-undang atau degan aksi/tindakan akan tetapi adalah sukar bagi kita untuk menyekat mereka dari membuang pekerja secara beramai-ramai atau memberhentikan jika kita mereka tahu.

Kemahiran – Mereka telah menjalani proses pendidikan dan latihan yang cukup lama jika dibanding dengan kita. Ini adalah kerana mereka mempunyai cukup wang untuk mendapatkan latihan yang mereka tahu.

Media – Para majikan cuba untuk menguasai kita melalui idea dan fikiran . Mereka menggunakan kekayaannya untuk menguasai media massa seperti TV dan akhbar. Dengan demikian mereka dapat teruskan apa yang sepatutya kita baca dan tonton. Apabila kita mengambil tindakan perusahaan terhadap mereka, mereka akan dapatkan media untuk mengkritik kita dengan tujuan masyarakat tidak akan menyokong kita.

Pengetahuan mengenai Syarikat - Mereka mengetahui dengan mendalam mengenai syarikat di mana kita mengetahui, sebagai contoh kewangan, rancangan masa depan dsb. Ini bermakna bahawa mereka boleh selalu membuat keputusan-keputusan yang mengejutkan kita yang tentunya keputusan ini tidak kita gemari.

Undang-Undang – Undang-Undang adalah menyebelah kepada para majikan dan tidak menyebelahi kita

Polis – Polis sering bersedia untuk digunakan oleh majikan dalam menentang pekerja ini dengan mudah dapat kita lihat apabila kita mengadakan piket.

Tindakan “penutupan pintu” (lock-out) - Ini adalah tindakan majikan yang sama dengan mogok yang dilakukan oleh majikan dalam menentang kita. Mereka boleh menegah kita dari masuk ke dalam kilang sehingga kita menerima tuntutan-tuntutan mereka.

Pengangguran – Apabila ramai orang menganggur maka majikan akan menjadi lebih kuat. Apabila seorang pekerja dibuang maka dengan mudah dia dapat gantinya. Ini membuatkan kita takut kehilangan pekerjaan kita kerana adalah sukar untuk mendapatkan pekerjaan lain. Jagi kita menjadi lebih senyap dan taat. Majikan juga dengan mudah boleh mendapatkan buruh pengkhianat.

Sekarang kita dapat melihat dengan jelas akan kuasa ekonomi yang mempunyai peranan yang cukup besar. Oleh itu, adalah jelas mengapa kita perlukan kesatuan sekerja yag boleh melidungi hak-hak ita. Kesatuan hanyalah satu entiti. Ianya tidak boleh bergerak sendiri, ianya memerlukan kepemimpinan dan keanggotaan yang mempunyai kesedaran dan aktif.


MENGAPA KESATUAN?

Kesatuan adalah terdiri dari para pekerja yang secara bersama berunding dengan majikan mengenai upah/gaji dan kondisi perkerjaan tidak dengan berunding secara individu dengan mereka. Memandangkan mereka bersuara bagi pihak semua orang maka kesatuan biasanya mendapat faedah yang lebih baik bagi setiap pekerja berbanding dengan seorang pekerja secara individu berhujah dengan majikannya.

Di Malaysia, konsep kekuatan perpaduan ini wujud pada akhir tahun 1900. Melalui tindakan secara kolektif, para pekerja membentuk persatuan atau guild dan kemudiannya kesatuannya untuk menyuarakan tuntutan mereka dalam menentukan upah, masa bekerja, kondisi kerja dan banyak lagi masalah yang timbul di tempat kerja.

Akan tetapi dengan hanya membentuk kesatuan ianya tidak menyelesaikan semua masalah mereka. Maka nya hingga ke hari ini kita masih meneruskan perjuangan untuk memperbaiki lagi perjanjian-perjanjian dan undang-undang.

Tuntutan asas Kesatuan Buruh Am pada tahun 1945 ialah:

1) Penghapusan kontrak pengajian
2) Lapan jam sehari dan enam hari seminggu
3) Upah yang sama bagi lelaki dan perempuan dan di antara kumpulan etnik
4) Insurans sosial dan pampasan

Hampir 100 tahun telah berlalu. Para pekerja menubuhkan kesatuan untuk membolehkan mereka bersuara di atas banyak masalah yang timbul di tempat kerja mereka. Usaha kesatuan untuk mendapatkan pengiktirafan adalah tidak banyak diketahui, akan tetapi ianya merupakan bahagian penting dalam sejarah kita, yang melibatkan pergorbanan dan perjuangan yang sangat pahit sebelum prinsip-prinsip perundigan kolektif diterima oleh industri utama dan menjadi sebahagian dari masyarakat Malaysia. Dari segi sejarahnya para pemilik industri berpendapat bahawa memandangkan yang mereka secara mutlak berhak menentukan kondisi pekerjaan. Hingga ke hari ini,masih terdapat lagi mereka yang berfikir sedemikian.

Sebelum kesatuan memasuki tempat kerja, dasar ‘pintu terbuka” pihak pengurusan sering wujud.Pekerja-pekerja digalakkan untuk membawa masalah mereka terus kepada bos. Mereka yang yakin serta percaya dengan prosedur ini biasanya keluar tidak hanya dari pintu yang sama akan tetapi keluar dari kilang/tempat kerja yang sama.

Tempat kerja yang efektif di dalam kesatuan bermaksud bahawa pekerja-pekerja mempunyai hak untuk menyuarakan sesuatu melalui organisasinya, jika mereka rasa bahawa mereka telah tidak dilayan dengan adil.

 

LAJNAH PEKERJA & INDUSTRI DPPNPP