PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
1. LARANGAN TERHADAP PENGGAJIAN PEKERJA WANITA
Pekerja-pekerja wanita yang digaji dalam kegiatan perindustrian dan pertanian tidak dibenarkan bekerja di antara
pukul sepuluh malam hingga pukul lima pagi melainkan dengan kebenaran Ketua Pengarah atas permohonan majikan masing-masing. "kegiatan pertanian" termasuk kerja-kerja di mana seseorang pekerja diambil
bekerja di bawah kontrak perkhidmatan bagi tujuan pertanian, perkebunan atau perhutanan, pemeliharaan binatang-binatang ternakan atau pengumpulan hasil tanaman atau pokok-pokok.
1.3 Kegiatan perindustrian" termasuklah kerja-kerja berikut:-
menganggu, mengubah, membuang, membawa, mencuci, memilih, melebu menapai,memecah atau usaha-usaha lain ke atas batu-batan, batukerikil,tanah
liat, pasir, tanah-tanih atau hasil galian dengan sebarang kaedah atau cara apa pun;
[AK: AKTA KERJA 1955]
perusahaan-perusahaan untuk menceluarkan, meminda, mencuci, membaiki, memasang,menyiap,
mengubahsuai bahan-bahan untuk jualan, dibungkus atau disediakan untuk serahantar,dipisah atau diroboh atau mengubah bentuk bahan-bahan atau mencerakin bahan-bahan galian,termasuklah perusahaan membina kapal dan
penjanaan, pemindahan dan penyaluran arus elektrik atau kuasa bahan bakar dalam sebarang bentuk, kerja pembinaan, pengangkutan penumpang-penumpang atau barangan melalui jalanraya, landasan, air atau udara,termasuk
pengendalian barangan limbungan, pengkalan, dermaga, gudang atau lapangan terbang.
[S. 2(1) AK]
1.2 Pekerja wanita tidak dibenar menjalankan kerja-kerja bawah tanah. Kerja bawah tanah ertinya
sebarang kegiatan dilaksanakan bagi tujuan mengeluarkan apa-apa bahan daripada bawah permukaan bumi, samada menerusi lubang terowong atau gua batu semula jadi.
[S. 35 & S.2(1) AK]
2. PERLINDUNGAN SEMASA BERSALIN
2.1 Kelayakan pekerja wanita terhadap cuti bersalin
Setiap pekerja wanita layak mendapat cuti bersalin bagi tempoh tidak kurang daripada 60 hari berturut-turut bagi
setiap kali bersalin. Bersalin bermakna melahirkan anak yang hidup atau mati yang berlaku selepas sekurang-kurangnya 28 minggu hamil.
[S.37(1) (a) & S. 2(1) AK]
2.2 Bila cuti boleh diambil
Setiap pekerja wanita layak mengambil cuti bersalin lebih awal iaitu dalam tempoh 30 hari sebelum bersalin atau sebaik sahaja ia bersalin.
[S. 37(1) (b) AK]
Sekiranya seseorang pekerja wanita
mengambil cuti lebih daripada 30 hari sebelum ia bersalin,maka cuti yang lebih itu adalah tidak boleh dianggap sebagai cuti bersalin mengikut Akta Kerja.
2.3 Kelayakan pekerja wanita mendapat elaun bersalin
Pekerja wanita tidak layak mendapat elaun bersalin jika pada ketika bersalin ia telah mempunyai 5 orang anak atau lebih yang masih hidup. Anak bermaksud anak-anak kandung.
S. 37(1)(c)(d) AK]
Setiap pekerja wanita hanya layak mendapat elaun bersalin sekiranya pada ketika bersalin ia diambil bekerja oleh majikan pada bila-bila masa dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin dan telah bekerja dengan seseorang
majikan tidak kurang daripada 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum ia bersalin.
[S. 37(2) AK]
2.4 Notis yang perlu diberi kepada majikan
Setiap pekerja wanita yang akan meninggalkan
pekerjaannnya dan mengetahui yang ia akan bersalin dalam masa 4 bulan lagi hendaklah memberitahu majikannya tentang kehamilannya sebelum meninggalkan pekerjaan itu. Sekiranya ia gagal memberitahu majikannya ia tidak
berhak mendapat elaun bersalin.
[S. 40(1) AK]
Bagi pekerja-pekerja wanita yang sedang bekerja, ia hendaklah memberitahu majikannya masa dan tarikh ia dijangka memulakan cuti bersalin dalam tempoh 60
hari sebelum ia dijangka bersalin. Sekiranya ia gagal memberitahu majikannya, pembayaran elaun bersalin kepadanya boleh ditahan sehingga ia memaklumkan majikan sewajarnya.
[S. 40(2) AK]
Notis dari
pekerja kepada majikan boleh diberi secara lisan atau bertulis dan notis tersebut boleh diberi kepada penyelia atau mana-mana orang yang dilantik oleh majikan bagi tujuan tersebut.
[S. 40(7) AK]
Kegagalan memberitahu majikan akan tarikh jangkaan bersalin tidak menyekat kelayakannya untuk mendapat elaun bersalin sekiranya kegagalan itu disebabkan oleh kesilapan pekerja atau lain-lain sebab yang munasabah.
Malahan majikan diikehendaki membayar elaun bersalin walaupun tidak ada notis diberikan kepadanya sekiranya majikan tidak prejudis terhadap kegagalan pemberian notis tersebut.
[S. 40(5) & (6) AK]
3. BAYARAN ELAUN BERSALIN
Setiap pekerja wanita berhak mendapat elaun bersalin pada kadar upahnya yang biasa bagi sehari atau pada kadar tidak kurang daripada RM6/= sehari, yang mana lebih
tinggi.
[S. 37(2) AK]
Seseorang pekerja wanita yang menerima gaji bulanan semasa ia dalam cuti bersalin tidak berhak mendapat apa-apa bayaran bagi tujuan cuti bersalinnya.
[S. 37(2) AK]
4. PENAMATAN PERKHIDMATAN SEMASA CUTI BERSALIN
Pekerja wanita tidak boleh dipecat daripada pekerjaannya semasa dalam cuti bersalin.
[S. 40(3) AK]
Seseorang pekerja wanita:-
(i)
yang masih tidak hadir bekerja selepas berakhir tempoh kelayakan cuti bersalinnya dengan sebab sakit yang disahkan oleh pegawai perubatan yang berdaftar; dan
(ii) yang sakit akibat kehamilan dan kerana
bersalin, tidak boleh ditamatkan perkhidmatannya atau tidak boleh diberi notis penamatan perkhidmatan sehingga ketidakhadirannya itu melebihi 90 hari.
[S. 42(1) AK]
|