PEMBANGUNAN MERUGIKAN DUIT KWSP DI BUKIT BENDERA

LAJNAH PEKERJA & INDUSTRI :-MALAYSIA BUILDING SOCIETY
( MBSB ) salah satu pelaburan KWSP. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kadar dividen 4.25 % tahun ini menunjukkan kelemahan yang ketara pengurusan KWSP.

Pembangunan merugikan dana kwsp di bukit bendera dimana hartanah MBSB di sebelah Copthorne hotel di Tanjung Bungah bernilai RM 36.4 juta, MBSB di Batu Feringgi bernilai RM25.5 juta, MBSB di Tanjung Bungah bernilai RM4.9 juta.

Jika MBSB tidak mampu membangunkan tanah-tanah ini, ia patut menjualnya. Adalah hina bagi syarikat yang menghadapi masalah kewangan seperti MBSB untuk mempertahankan tanah penting tetapi pada masa yang sama bergantung kepada simpanan rakyat dalam KWSP.