PEMBERHENTIAN PEKERJA :ADAKAH NASIB MEREKA TERJAMIN ?
LAJNAH PEKERJA & INDUSTRI :-Banyak kilang dan syarikat yang mengambil langkah-langkah drastik-termasuklah mengurangkan hari
bekerja,menggalakan pekerja supaya berhenti secara sukalela,mengurangkan faedah-faedah yang biasanya diberi kepada pekerja.
Jika dihentikan bekerja apakah mereka ini punya peluang untuk bekerja di tempat
lain?Apakah mereka akan diberi latihan yang sewajarnya memandangkan bahawa mereka selama ini tidak mempunyai kemahiran yang sewajarnya?
Bagaimana pula dengan pampasan yang dibayar kepada pekerja-pekerja yang
terlibat?Adakah pampasan itu munasabah dan wajar?Hingga ini pihak kerajaan masih belum memperkenalkan apa yang dikenali sebagai ( TABUNG PAMPASAN PEMBERHENTIAN PEKERJA PERINGKAT NASIONAL ) ~NATIONAL RETERNCHMENT
FUND-walaupun tuntutan ke atasnya telah dibuat oleh kesatuan -kesatuan pekerja.
Adalah agak malang bahawa tiba isu pemberhentian pekerja,terutama sekali dalam SEKTOR ELEKTRONIK ,tiada kesatuan sekerja di
peringkat nasional yang dapat mewakili mereka.Pengalaman pada masa lalu jelas menunjuk bahawa nasib para pekerja elektronik yang di berhentikan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.Perjuangan untuk menubuhkan
serta mendaftar sebuah kesatuan pekerja peringkat nasional bagi pekerja-pekerja elektronik masih belum berjaya sampai sekarang.Pihak kepimpinan BA harus peka masalah ini dan bersedia izinkan hak pekerja tubuhkan
kesatuan pekerja elektronik.
Sikap dan polisi kerajaan tentang sebuah kesatuan pekerja -pekerja sektor elektronik adalah jelas-( yakni tidak dibenarkan samasekali ) .Kerajaan hanya nampak pelaburan.Pelaburan
yang mengatasi segala-galanya.Sepatutnya kerajaan lebih utamakan rakyatnya dari pelabur asing,kerana melalui rakyat mereka mendapat mandat untuk memerintah.Tuduhan yang mengatakan sekiranya ada kesatuan
sekerja elektronik pelabur akan menarik keluar pelaburannya atau memindahkan operasinya ke negara lain yang menawarkan kos dan kondisi buruh yang lebih murah adalah tipuan semata-mata -jelasnya tanpa kesatuan
sekerja pun pelabur asing tetap berpindah dan menarik keluar pelaburannya.
Persoalan berapa banyak kilang ditutup akibat dari wujudnya kesatuan pekerja di kilang/syarikat tempat berkerja?Kerajaan harus peka
dan sensitif kepada nasib keperluan dan perlindungan ke atas pekerja.Undang-undang Buruh harus benar-benar melindungi masyarakat pekerja amnya.
|