Selangor: BN 43 BA 5 (Pas 4 Keadilan 1)
Barisan Nasional (BN) Selangor menyapu bersih semua 17 kerusi Parlimen dan kehilangan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada alternatif dalam pilihan
raya umum kali ini.
Dengan keputusan itu, BN sekali lagi diberi mandat mentadbir Selangor untuk tempoh lima tahun akan datang.
Lima kerusi yang
ditawan alternatif itu ialah DUN Gombak Setia (Pas), Sungai Burung (Pas), Sungai Besar (Pas), Hulu Klang (Keadilan) dan Kajang (DAP).
Calon BN di DUN
Gombak Setia, Abdul Ghani Mohd Yatim tewas kepada calon Datuk Ismail Kamus (Pas); di Sungai Burung, Datuk Md Aini Taib (BN) tewas kepada Datuk Hassan Ali (Pas).
Sementara
itu calon BN, di DUN Hulu Klang, Datuk Fuad Hassan tewas kepada calon Mohamed Azmin Ali (Keadilan); Kajang, calon BN Choog Tow Chong tewas kepada Dr Shafie Abu
Bakar (Pas) dan Sungai Besar calon BN, Datuk Ramli Norani kalah kepada Sallehen Mukhyi (Pas).