Kedah: BN 24 Pas 12
Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri di Kedah apabila memenangi 24 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pada
pilihan raya kali ini.
Kemenangan itu membolehkan BN mencapai kemenangan genap dua pertiga selepas Pas hanya menang 12 daripada 32 kerusi yang
ditandingi. DAP yang bertanding di empat DUN, tewas di semua kawasan.
Kawasan yang dimenangi oleh BN ialah Bakar Arang, Gurun, Bukit Selambau, Lunas,
Derga, Kota Darul Aman, Kuah, Padang Mat Sirat, Tunjang, Jitra, Alor Merah, Sungai Tiang, Guar Cempedak, Pantai Merdeka.
Sidam, Bayu, Kuala Ketil, Merbau
Pulas, Kulim, Bandar Baharu, Tanjung Dawai, Tanjung Seri, Kubang Rotan dan Kota Siputeh dan Bandar Baharu.
Pas pula menang di Kuala Nerang, Langgar,
Bukit Lada, Kupang, Sala, Anak Bukit, Bukit Raya, Pedu, Belantek, Jeneri, Pengkalan Kundor dan Ayer Hitam.
Bagaimanapun, bagi kawasan Parlimen, parti Pas
menang di lapan kerusi berbanding tujuh yang dimenangi oleh BN.
Kawasan yang dimenangi BN ialah Kubang Pasu, Alor Star, Sungai Petani, Padang Serai,
Kulim-Bandar Baharu, Merbok dan Langkawi.
Pas pula menang di Padang Terap, Pokok Sena, Kuala Kedah, Baling, Sik, Pendang, Jerlun dan Yan. Keadilan yang
bertanding di empat kerusi tewas di semua kawasan.
Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid yang bertanding di DUN Kuah menewaskan calon Pas, Che Din Arshad
dengan majoriti 3,280 undi. Sanusi memperolehi 5,630 undi manakala lawannya 2,350 undi.
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pula menang
menewaskan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, AHmad Subki Abdul Latiff dengan majoriti 10,138 undi.
Beliau memperolehi 22,399 berbanding Ahmad Subki 12,261.
Bagaimanapun,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman tewas kepada Prof Datuk Shahnon Ahmad di Sik.
Sementara itu, Presiden Pas, Datuk
Fadzil Noor menang DUN Anak Bukit dan Parlimen Pendang.
Ketua Pemuda Pas Pusat, Mahfuz Omar dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu pula
masing-masing menang di parlimen Pokok Sena dan Kuala Kedah.
Setiausaha Agung Pas, Nasharuddin Mat Isa menewaskan Datuk Badruddin Amiruldin di parlimen
Yan. Bekas imam besar masjid negara, Taib Azzamudden Md Taib yang bertanding atas tiket Pas menang di Baling.