KENYATAAN KHAS

Kepada semua para pecinta KeADILan dan kebenaran di negara ini, saya berseru kepad anda supaya marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kejayaan yang diterima oleh BA dalam pilihanraya umum negara kali ini.

Walau pun hati kita berat menerima kenyataan bahawa BN memenangi majoriti 2/3 iaitu sebanyak 148 kerusi Parlimen, tetapi kita perlu bersyukur bahawa dalam keadaan pilihanraya yang dijalankan secara 'cabul' dan terikat dengan kekuasaan Kerajaan BN, kita masih mampu meraih kejayaan yang sedemikian.

Dengan kejayaan BA (PAS) menawan Terengganu dan mengekalkan kerusi mereka di Kelantan maka dapat kita lihat kebangkitan Islam dan kesedaran rakyat terhadap Islam dan perlunya syariat Allah itu ditegakkan. Saya berasa amat terharu di atas kejayaan yang diraih oleh wakil BA iaitu PAS di Terengganu.

Begitu juga di negeri Perak, kekuatan PAS nampak agak kental untuk memulakan pengaruhnya bermula di Parit Buntar dan Parit. Kejayaan menewaskan beberapa musuh Islam yang korupsi terlibat dengan berbagai penyelewengan, nampaknya perlu kita syukuri.

Kekuatan PAS di Kedah nampaknya perlu kita pertahankan dan perluaskan dalam pilihanraya umum akan datang. Tugas kita perlu bermula dari hari ini. Justeru itu saya menyeru kepada semua pecinta keadilan dan kebenaran di negara ini, marilah kita memilih laman web sebagai satu alternatif informasi dan berita yang perlu kita rujuk selain Harakah. Ini adalah kerana kita tidak boleh dibuai oleh berita yang disiarkan oleh media Kerajaan seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, TV1 dan 2 serta TV3 dan TV4.

Dari keputusan itu jelas kepada kita bahawa Allah masih mahu kita berjuang secara lebih agresif dan meneruskan jihad kita kepadaNya dan komitmen kita kepada BA. Adalah diharapkan melalui BA, kita semakin berkembang luas dan pengaruh dan semoga disuatu hari kita akan dapat menghancurkan 'toghut' itu.

Akhirnya, Minda Rakyat mengucapkan jazakallah kepada anda yang telah mengundi BA dalam pilihanraya umum semalam. Percayalah, bahawa undi anda adalah jihad dan mempunyai erti yang besar nilainya di sisi Tuhan.

Minda Rakyat akan meneruskan siri perjuangan ini dalam usaha merealisasikan perjuangan menegakkan sebuah negara Islam di bumi Malaysia tercinta. Terima kasih kepada anda yang sudi melayari laman ini dan selalulah terus berkunjung untuk berita-berita yang tidak mudah anda perolehi di media Kerajaan BN melalui SALURAN INFORMASI ALTERNATIF RAKYAT, Minda Rakyat.

TAKBIR!!!

Polong Cyber