WAJARKAH POLIS BERTINDAK MELALUI MAKLUMAT SURATKHABAR
25 April, 1999 - AFP melaporkan bahawa polis sedang dan akan bertindak menangkap para demontrator yang terlibat dalam demontrasi 14 April dan 17 April 1999 menggunakan maklumat melalui akhbar. Walau pun sebahagiannya dikenalpasti melalui jurugambar polis sendiri, tindakan itu dilihat sebagai 'berat sebelah' kerana para demontrator sebelum ini telah diprovoke untuk melakukan sebarang tindakbalas.
Banyak aduan yang dibuat melalui laman reformasi oleh para demontrator yang terlibat sendiri dalam perhimpunan itu, yang membayangkan bahawa mereka telah diprovoke untuk bertindakbalas atas kezaliman pihak polis yang melampau. Sesungguhnya penyiasatan oleh badan bebas dirasakan amat perlu bagi menangani kekejaman polis dari berterusan.
Sumber :AFP