RIBUAN MENYERTAI PERHIMPUNAN AMAN

25 April, 1999 - Ribuan rakyat telah menghadiri perhimpunan secara besar-besaran sebagai tanda sokongan untuk 'menjatuhkan' kerajaan Barisan Nasional pimpinan Diktator Mahathir dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurut saksi lebih 6,000 orang telah menghadiri perhimpunan itu yang diadakan di sebuah padang bola di Petaling Jaya, semalam untuk mendengar ucapan daripada para pemimpin mereka.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh PRM yang dihadiri juga oleh kebanyakan parti-parti pembangkang yang lain.

DSWA ketika berucap, menegaskan bahawa perjuangan reformasi ini mestilah diteruskan untuk faedah rakyat bersama. DSWA juga mengingatkan para pengundi supaya tidak lagi memilih BN, sebaliknya mengundi pembangkang supaya pemimpin yang baru dapat berjuang untuk kebaikan rakyat.

Sementara itu Sanusi Osman, Setiausaha Agung PRM menyifatkan, para demonstrator tempohari adalah sebagai 'pahlawan' dan penyokong gerakan reformasi mestilah tidak gentar untuk melakukan perubahan. Seterusnya beliau mengharapkan rakyat bukan sahaja 'menumbangkan' Mahathir, tetapi juga menjatuhkan Kerajaan BN yang telah sekian lama memerintah.

Wakil PAS, Supian Mohamad Nordin pula menegaskan agar rakyat berbilang kaum dari seluruh parti pembangkang, menghindari perasaan buruk sangka sesama sendiri dan menumpukan perhatian untuk menewaskan BN dalam pilihanraya nanti. Tanpa kerjasama ini harapan untuk menumbangkan BN hanya akan tinggal mimpi.

Sumber:AFP