KEMBALI MENERUSKAN PERJUANGAN!!!

Matlamat perjuangan kita adalah sebagai kesinambungan jihad yang dipelopori oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Dalam perjuangan ini sudah pastinya kita akan bertemu dengan berbagai dugaan dan rintangan yang bakal menguji ketabahan, kekentalan serta keimanan kita terhadap Allah s.w.t.

Jika kita undur, kita bukan sahaja dianggap pembelot tetapi dianggap sebagai 'dayus'. Dalam sejarah Islam sendiri golongan ini selalu dianggotai oleh segelintir umat yang digelar 'golongan munafiqin'.

Demi perjuangan yang berterusan dan tidak mengenal jemu, Minda Rakyat akan jambatan kepada rakyat dalam mendedahkan penyelewengan dengan keazaman supaya dengan pendedahan ini akan memberikan nafas dan semangat baru kepada anda para pecinta keadilan untuk membenteras kezaliman.

Sesungguhnya diakui jihad yang paling besar itu melawan hawa nafsu sendiri. Manakala jihad utama adalah perkataan yang benar untuk disampaikan kepada pemerintah yang zalim. Bertitik tolak dari situ Minda Rakyat tidak akan menyerah kalah kepada apajua yang berada di hadapan di perjalanan ini.

Namun sebagai insan yang lemah, MR tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Kepada anda para 'netters' MR agar sudi memperbetulkan sebarang kesilapan yang berlaku untuk kebaikan semua. Kepada anda para webmaster marilah kita teruskan usaha murni ini sebagai 'pengorbanan' yang terdaya dari kita yang telah turut serta dalam medan jihad di alaf baru!!

HAPUSKAN PENYELEWENGAN, TEGAKKAN KEADILAN

MINDA RAKYAT