UMNO JANGAN TERLALU OPTIMISTIK!
Tindakan pemimpin UMNO yang menilai kewibawaan parti pembangkang dilihat sebagai 'modal lama' oleh penganalisis politik tempatan. Modal ini telah sering disuarakan oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang mendakwa 'kununnya' parti-parti pembangkang itu tidak akan mampu bekerjasama kerana mempunyai perjuangan yang berbeza.
Zaman telah berubah dan rakyat semakin celik politik, komen seorang ahli politik tempatan yang baru saja bertukar parti. Media banyak membantu memberikan penerangan yang jelas hingga ke akar umbi. Jika dalam pilihanraya lalu PAS umpamanya, terpaksa menggandakan ceramah politik mereka untuk menangkis propaganda UMNO yang sering memandang rendah kewibawaan parti itu, tetapi era saiber banyak membantu penerangan terutamanya kepada kelas menengah rakyat Malaysia dan golongan muda.
Kezaliman yang berlaku dalam UMNO sendiri banyak membantu kesedaran rakyat untuk berpolitik dan gerakan reformasi yang mendapat sambutan hangat rakyat di ibukota itu tidak terkecuali dihayati di luar bandar. Beliau sendiri yang berkecimpung dengan UMNO sejak tamat berkhidmat dengan pasukan polis sepuluh tahun lalu mengakui wujudnya kronisme dan nepotisme dalam UMNO, khususnya UMNO cawangannya iaitu cawangan Changkat Lada.
Sumber: agen MR