MAHATHIR HAMPIR PASTI MENGISTIHARKAN DARURAT

26 April, 1999 - Maklumat sudah diperolehi menyatakan kemungkinan besar Diktator Mahathir akan mengistiharkan darurat. Kenyataan ini dibuat oleh Lim Kit Siang semalam.

Kenyataan oleh DAP ini ialah selepas DSWA memberi amaran yang sama dalam temubualnya di Hong Kong tempohari. Dalam kenyataannya DSWA menjangkakan bahawa Diktator Mahathir akan mengistiharkan 'darurat' ekoran bantahan rakyat terhadap keputusan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas DSAI.

Lim menggesa kerajaan mempertimbangkan bantahan rakyat berhubung dengan hukuman (DSAI) tersebut dan menbebaskan mereka yang ditahan dalam membela kes anaknya Lim Guan Eng dan DSAI.

Sambil mengakui, demontrasi dan bantahan rakyat negara ini tidak akan menjadi sepertimana yang berlaku di Indonesia, beliau menafikan akan terjadinya rusuhan kaum di negara ini.

Lim Guang Eng dipenjara 18 bulan setelah didapati bersalah mengedarkan berita yang 'kununnya' boleh mengancam keselamatan negara dan undang-undang.

Malaysia pernah mengistiharkan darurat dalam tahun 1969 apabila berlakunya rusuhan kaum antara Melayu dan China selepas UMNO memenangi majoriti 'nipis' dalam pilihanraya umum tersebut.

Sumber: AFP