KAKITANGAN KERAJAAN DAKWA DIANIAYAI

26 April, 1999 - Seorang kakitangan kerajaan mendakwa beliau telah dianiayai oleh rakan sendiri yang mendaftarkan beliau sebagai ahli UMNO tanpa kerelaannya. Menurut beliau lagi, rakannya telah meminta salinan kad pengenalan dan memberitahu bahawa namanya akan dimasukkan kedalam permohonan untuk mendapatkan tanah bagi tujuan skim perumahan di negeri Perak.

Beliau percaya kad pengenalannya itu telah disalahgunakan kerana dalam masa yag sama rakannya itu menjadi penaja penubuhan UMNO Cawangan Kg. Pakri, Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar. Menurut peraturan yang sedia ada, satu-satu cawangan mesti mempunyai lebih 25 ahli untuk diberi sijil sebagai satu cawangan baru.

Dipercayai kerana begitu sukar mendapatkan ahli baru, rakannya tu telah mendaftarkan beliau sebagai ahli UMNO tanpa kerelaan dirinya. Sambil menyifatkan ini sebagai satu penganiayaan, beliau tidak dapat berbuat apa-apa dan berjanji tidak akan memberikan undi kepada UMNO dalam pilihanraya umum nanti.

Sumber: agen MR