SIAPA LEBIH PATRIOTIK?
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mempersoalkan siapa yang lebih patriotik antara pemimpin pembangkang yang mahukan keadilan dengan ahli politik Barisan Nasional yang berada dalam politik sebagai mendapat pasport kedudukan, pengaruh kekayaan, kontrak-kontrak serta pengagungan kedudukan diri.
"Adakah tidak patriotik bagi seorang penulis Malaysia (Sasterawan Negara, Prof Shannon Ahmad) mengeluarkan karya fiksyen (SHIT) yang ditujukan khas untuk membongkar kesalahan yang dilakukan oleh sesetengah ahli politik dan organisasi-organisasi politik di negara ini, memperbetulkan kesalahan dan memaksa orang yang salah meminta pengampunan? Sekira Shannon buat fitnah yang boleh dihukum, dakwa beliau di mahkamah," ujarnya.
Katanya, para pemimpin pihak pembangkang yang cintakan negara dan rakyat yang mahu melihat sebuah negara Malaysia yang adil sehingga bersedia membuat pengorbanan besar dan tahanan tanpa bicara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pasti lebih patriotik daripada ahli politik yang sedemikian.
Ihsan: Harakah