BAHAYA JIKA BN TERUS MEMERINTAH

Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kemungkaran politik, ekonomi dan sosial jika parti itu terus diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah pada pilihan raya akan datang, kata bekas pensyarah ITM, Haji Abdullah Mansor.

Menurut beliau, BN tidak akan melaksanakan syariah Islam sebaliknya akan meneruskan projek lebuh raya bertol dan mengamalkan dasar sosial yang bercanggah dengan Islam.

"Dasar-dasar BN seperti tol umpamanya amat mencengkam hidup rakyat tetapi BN tetap meneruskannya atas pelbagai alasan begitu juga dengan sifat suka bermegah-megah dengan membina bangunan pencakar langit dan sebagainya akan terus dilaksanakan," ujarnya.

Katanya, kesan daripada dasar BN itu menjejas tumpuan kerajaan kepada pendidikan lalu mereka memperkenalkan dasar baru yakni pengkorporatan universiti.

"Dasar pengkorporatan universiti menyebabkan peningkatan kos pembiayaan pelajar dan kaum yang paling terjejas akibat dasar ini ialah orang Melayu," ujarnya dalam ceramahnya di Kampung Bapong dekat Kual Terengganu, baru-baru ini.

Ihsan: Harakah