LADANG KHINZIR BERTUKAR KEDIAMAN

Leong Sin Nam (Farm) Bhd. adalah antara ladang penternakan khinzir yang terbesar di negeri Perak. Ladang yang terletak di Ulu Piah ini tidak terkecuali dalam operasi pemusnahan khinzir yang dilakukan secara besar-besaran sejak sebulan lalu. Sebanyak 29,049 ekor khinzir telah dimusnahkan di ladang ini.

Segala aktiviti penternakan di sini menemui jalan buntu setelah wabak JE meragut nyawa manusia. Sumber memberitahu MR, bahawa ladang ini sekarang dalam penukaran syarat tanah dari pertanian kepada skim perumahan.