PEMIMPIN DUNIA KRITIK SISTEM KEADILAN MALAYSIA

19 April, 1999 - Para pemimpin dunia hari ini mengkritik sistem keadilan Malaysia melalui keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rabu lepas. Dalam kes yang disebutkan, DSAI dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun mulai 14 April, 1999 setelah beliau dipenjara selama 6 bulan 23 hari sebelum hukuman itu dijatuhkan. Oleh yang demikian DSAI dipenjara selama 6 tahun 6 bulan 23 hari.

Diktator Mahathir dalam menjawap kritikan itu menyatakan bahawa pemimpin kulit putih beranggapan mereka adalah pemimpin dunia. Katanya lagi, mereka menuduh berasaskan sentimen perkauman yang menafikan hak-hak rakyat bukan kulit putih dalam demokrasi dan keadilan dan banyak menteri-menteri mereka yang terlibat dengan rasuah. Mahathir juga menyelar Britain dan Amerika Syarikat atas kezaliman mereka terhadap kaum minoriti kulit hitam.

Di antara pemimpin yang mempersoalkan keadilan yang dikenakan ke atas DSAI ialah Menteri Luar Australia, Alexander Downer, Setiausaha Kementerian Luar British, Robin Cook, Menteri Luar Kanada, Lloyd Axworthy dan Timbalan Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.

Kritikan juga datang dari bukan pemimpin kulit putih termasuk Presiden Filipina, Joseph Estrada, Setiausaha Negara Asia Pasifik, Raymond Chan, yang merupakan etnik asal China yang berasal dari Hongkong.~MR

Sumber: AFP