DIKTATOR MAHATHIR AKAN MENGISTIHARKAN DARURAT?

20 April, 1999 - Diktator Mahathir dijangka akan mengistiharkan darurat ekoran demontrasi jalanan selepas DSAI dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun (sebenar 6 tahun 6 bulan 23 hari). Komen yang ini diberikan oleh DSWA di Hongkong semasa perbualan dengan Cable News Network (CNN).

Kesempatan disebalik 'rusuhan' yang diprovok oleh anggota polis sendiri, akan memberikan laluan kepada Diktator Tua itu melakukan tindakan sedemikian. Rakyat memprotes hukuman itu setelah melihat ketidakadilan berlaku. Para penyokong berdemontrasi disebabkan kebebasan bersuara disekat, walaupun mengikut perlembagaan mereka boleh berbuat demikian.

DSWA dijadualkan kembali ke tanah air hari ini. Tindakan memenjarakan DSAI disifatkan sebagai membunuh karier politik beliau sekurang-kurangnya bagi tempoh 15 tahun dan hilang kelayakan menjadi calon selama 2 pilihanraya umum. Sementara itu peguambela akan merayu terhadap hukuman yang dikenakan.

DWSA mendakwa kes yang dihadapi oleh DSAI berlainan dengan skandal politik yang dihadapi oleh Presiden Bill Clinton kerana dia (DSAI) tersingkir oleh satu 'konsfirasi politik'. Banyak keterangan yang ditolak dan disifatkan sebagai 'tidak relevan' oleh Mahkamah Tinggi yang bersidang sehingga DSAI tidak berpeluang untuk membuktikan kebenaran.~MR

Sumber: AFP