APAKAH AGENDA MAHATHIR-DAIM JIKA TERLALU TERSEPIT?

Apa yang sebenarnya terjadi - MAHATHIR & DAIM lah (serta anak-anak, suku-sakat, saudara mara mereka) telah menggunakan UMNO untuk menjadi kayaraya dengan mudah hingga harta berbillion-billion ringgit didalam dan luar negara.

Mahathir akan menggunakan kuasa dan "kekerasan" yang senang-senang boleh mengancam nyawa rakyat…

CUBA hari ini tanya diri tuan-tuan dan puan-puan sekelian, "Sebodoh manakah orang Melayu dan rakyat Malaysia menjelang Abad Ke-21 ini?" Cuba tanya rakan-rakan, jiran-jiran dan semua orang jujur disekeling anda (termasuk anak-anak anda yang boleh berfikir dan melogikkan sesuatu) soalan yang sama. Perhatikan jawapan mereka. Pasti berbeda-beda. Tetapi cuba tanya kepada mereka, "Jika seekor anjing tersepit, kalau ia terlalu terdesak - apa anjing itu akan buat?" Pasti jawabnya ia akan menggigit sesiapa jua (walaupun tangan tuan yang memberi ia makan) untuk melepaskan dirinya....!!

Ketahuilah, bahawasanya, hari ini Mahathir-Daim meneruskan "Persekongkolan Aib" yang amat dahsyat. AMAT dahsyat sekali. Mereka sudah hilang akal kerana terlalu terdesak dan tersepit, umpama anjing tersepit tadi, mereka sekarang dengan mengatur AGENDA untuk menggigit sesiapa saja!!

Perhatikan apa yang mereka TELAH, SEDANG dan AKAN buat/lakukan selanjutnya. Perhatikan apa yang akan saudara baca ini betul-betul:

  1. Harta UMNO Telah habis DIROMPAK!
  2. Segala harta UMNO (bernilai berpuluh-puluh billion dolar) yang mereka ROMPAK dari perbendaharaan UMNO (melalui tipu helah yang licik tanpa diketahui oleh orang UMNO) itu sudah diangkut keluar negara, menjadi harta mereka sendiri. Harta UMNO yang tinggal masih dalam hutang berbilion-bilion. Mahathir & Daim meninggalkan hutang itu untuk dibayar oleh orang UMNO, orang Melayu dan rakyat negara ini yang HANYA boleh ditebus beberapa generasi kemudian.

    Sementara itu, semua suku-sakat, anak beranak Mahathir dan Daim serta kuncu-kuncu Kroni mereka hidup senang lenang dimana negara dunia.. Kerana DS Anwar tahu hal "busuk" ini, dan menentang sekerasnya; maka beliau telah dikhianati oleh Mahathir-Daim. Anwar dipenjarakan oleh Mahathir supaya tidak dapat menghuraikan penyelewengan dan penipuan harta UMNO ini kepada orang UMNO, orang Melayu yang mengharapkan UMNO akan memperjuangkan nasib mereka.

    Selagi Mahathir-Daim menerajui UMNO, perkara ini akan ditutup. Kerja "busuk" mereka merompak hak UMNO, orang Melayu dan rakyat akan berterusan. Jika orang Melayu mahu mendapat semula hak dan harta mereka, orang UMNO - orang Melayu hanya ada satu pilihan sahaja, iaitu: "Tumbangkan UMNO kali ini. Jangan undi UMNO/BN!". Itu saja caranya. Itu adalah hak rakyat! Dengan itu, kerajaan Alternatif Baru akan mengheret mereka ke muka Pengadilan Rakyat dan memaksa segala wang rompakan itu dikembalikan ke Perbendaharaan UMNO. Ingat lah: Wang orang Melayu sekrang ada ditangan Mahathir-Daim bernilai berpuluh-pulu billion, hasil dari mereka menggunakan nama UMNO untuk mendapat kekayaan peribadi!! Ini adalah kebenaran. Mahathir-Daim tidak dapat berdalih lagi. Tetapi mereka akan BERJAYA menutupnya selagi mereka berkuasa!!

  3. Mahathir Menafikan HAK-HAK Orang Melayu.
  4. Masih ingat kah lagi, berapa kali Mahathir mengutuk Pengusaha Kecil Melayu (IKS), kununnya mereka masuk UMNO kerana hendak mendapat kemudahan dan kekayaan. Berapa kali Mahathir mengutuk petani-petani Melayu kerana mengharapkan subsidi baja? Hingga Mahathir sendiri mengatakan "Orang Melayu berbudaya "subsidi"...!". Sungguh malu dan memalukan. Sepuloh juta orang Melayu dan 8 juta petani-petani Melayu di negara ini dikutuk oleh Mahathir!! Mahathir memalukan orang Melayu sendiri.

    Sebenarnya Suku-sakat dan anak-anak Mahathir lah yang rakus diberi SUBSIDI oleh Mahathir!! Berbilion-bilion ringgit!! Mengapa Mahathir sanggup memalukan orang Melayu? Sebab Mahathir bukan berasal dari zuriat orang Melayu. Mahathir tahu orang Melayu mudah diperkutak-katikkan kerana bodoh sombong tak mengenal untung (dalam buku Mahathir "Malay Delima", Mahathir mengata orang Melayu adalah "DOCILE"!). Mahathir tak peduli, sebab dia berketurunan Mamak dari India!!

    Sebenarnya, Mahathir tidak berterima kasih kepada orang Melayu kerana diterima masuk menjadi ahli UMNO!! Apa yang sebenarnya terjadi - MAHATHIR & DAIM lah (serta anak-anak, suku-sakat, saudara mara mereka) telah menggunakan UMNO untuk menjadi kayaraya dengan mudah hingga harta berbillion-billion ringgit didalam dan luar negara. Bila jatuh muflis, maka orang UMNO dan orang Melayu sendiri dipaksa menanggung hutang itu. Ini lah dia SUBSIDI yang paling besar ditanggung oleh rakyat untuk seseorang. Orang Kampung, petani sendiri yang dipaksa menanggung subsidi untuk anak-anak Mahathir!!

  5. Mahathir Memesongkan Dasar Ekonomi Baru
  6. Allahyarham Tun Razak mengistiharkan Dasar Ekonomi Baru untuk membantu semua (ingat: SEMUA bukan segelintir saja) orang Melayu dalam Perusahaan. Tetapi Mahathir-Daim telah mengguna dan menyelewengkan Dasar itu untuk membantu suku-sakat, anak-anak dan Kroni-Kroni nya sahaja. Orang Melayu yang dipandang rendah martabat telah diketepikan. Cuba kira, berapa jumlah Pengusaha Melayu yang mempunyai harta Rm2 juta? Bandingkan dengan kekayaan dan harta Mahathir-Daim, suku-sakat, anak-anak dan Kroni-Kroni yang bernilai berbillion-billion...!!! Pukul rakata, orang Melayu (jika jujur) hanya mempunyai sebuah rumah teres/bungalo, sebuah Proton Saga/mercedez 2nd hand dan sedikit wang simpanan! Rumah itu pun dibeli dari pemaju/developer kroni Mahathir, masih berhutang dengan bank yang dikuasai oleh kroni Mahathir-Daim!!

  7. Rakyat Prihatin Menentang
  8. Penyelewengan Penyelewengan dan rasuah Mahathir-Daim selama ini telah diketahui oleh ramai cendekiawan Melayu dan segala bangsa, ahli-ahli profesional seperti akauntan, pelajar-pelajar dan penuntut-penuntut Pengajian Tinggi (IPT), kakitangan kerajaan di Kementerian Kewangan, dll. Mereka mempunyai bukti-bukti sahih mengenai rompakan mereka. Kerana mereka menentang dan memaparkan penyelewengan dan kerakusan mereka itu (melalui INTERNET dan Ceramah-ceramah) serta berdemonstrasi (hak yang dihalalkan Perlembagaan); maka rakyat yang prihatin itu telah diugut, dipukul-dibelasah oleh agen-agen Mahathir seperti Pegawai Polis berpangkat tinggi (Rahim Nor, Ridwan, Musa, dll). Peguam Negara (Mokhtar Abudllah) dan pembantu kanannya (Ghani Patail) merangka tuduhan, dan Hakim Negara (Eusof Chin, TS Lamin dan hakim-hakim lain seperti Paul Augustine dan Wahab Patail) telah menggunakan kuasa undang-undang untuk memenjarakan mereka.

  9. Regim Mahathir BERSANDIWARA Merompak!!
  10. Jika Mahathir, Abdullah Badawi, dan seluruh penyokong Regim Penipu Mahathir ini betul-betul jujur, mengapa mereka mesti menentang para Penunjuk Perasaan/demo di Kuala Lumpur dengan menggunakan kekerasan FRU yang bersenjata lengkap, membelasah para demo dan mengancam nyawa para demonstran didalam lokap? Sebenarnya Mahathir bukan berniat untuk mempertahan hak rakyat. Sebaliknya, ia semata-semata berdaleh memberi alasan dengan tujuan untuk mempertahankan 'HAK PERIBADI MEREKA SENDIRI". Regim Mahathir berpura-pura (melalui media massa dan letronik) dengan memberi alasan untuk "keamanan, stabiliti, menentang rusuhan, dll". Ini pun satu lagi Renipuan dan Rompakan yang menjijikkan, iaitu: Merompak "Hak Asasi Rakyat" untuk bersuara. Ini sekarang sudah sangat-sangat ketara keatas rakyat. Beransur-ansur, tubuh badan dan jiwa rakyat sudah mulai diseksa!!

  11. AGENDA Mengistiharkan DHARURAT dan KESANNYA

Jika Mahathir nampak bahawa Regimnya akan dikalahkan dalam pilihanraya, Mahathir-Daim dan Regim ini telah mempunyai AGENDA untuk mengistiharkan DHARURAT yang tidak SAH dari segi UNDANG-UNDANG dan PERLEMBAGAAN NEGARA. Melalui Pengistiharan Dharurat itu, mereka akan menjerumuskan negara dan rakyat negara ini, orang Melayu kedalam kancah pentadbiran Kerajaan "Diktator yang Autocratic" - beraja di hati bersultan dimata!!

Mahathir akan menggunakan kuasa dan "kekerasan" yang senang-senang boleh mengancam nyawa rakyat hingga tidak akan ada sesiapa yang sanggup menerima penyiksaan fisikal yang akan dikenakan keatas batang tubuh mereka yang disiksa itu. Contohnya, lihat hari ini DS Anwar telah disiksa di "Bilik Penyeksaan" oleh Rahim Nor (seorang Tukang Siksa upahan Mahathir).

Lihatlah bagaimana Mahathir melindungi perbuatan Rahim - hingga hari ini Rahim Nor masih bebas, sementara DS Anwar dipenjarakan, dan ratusan pemuda-pemuda yang berdemo ditangkap seperti haiwan, disiksa dalam tahanan lokap. Itu baru 'bunga-bunga' KEZALIMAN Regim Mahathir. Jika Regim ini menggunakan kuasa Dharurat, Regim ini akan menjadi saeperti Regim Diktator Pinnocet..!!

Akan ramai lagi rakyat yang akan hilang ghaib entah kemana, tidak pulang kerumah. Sebenarnya mereka telah dibunuh setelah disiksa. Jika rakyat membiarkan Mahathir berkuasa, maka inilah yang akan berlaku kepada suami puan-puan, isteri tuan-tuan, anak-anak tuan-tuan, ibu-bapa tuan-tuan, saudara-mara tuan-tuan. Kepada siapa hendak mengadu hal? Semua anggota polis telah sepakat tidak akan menyiasat kes itu dan mengistiharkan mereka yang hilang sebagai membunuh diri atau lari ke negara jiran!! Bayangan apa yang berlaku keatas DS Anwar, sdr. Ruslan Kassim dan beberapa orang lain yang ditangkap pada 20 Ogos 1998 dulu adalah contoh. Itu hanya bayangan kekejaman Agenda Mahathir!! Bagaimana kalau Mahathi-Daim memerintah secara Regim "Autocratic-Dictator" berkuasa mutlak?

Ramai rakyat yang menentang akan mati tanpa kubur!! Mujur baik, jika mayatnya dijumpai, tetapi alasan yang akan diberi kepada pewaris penentang itu kununnya "Ia telah 'membunuh diri'....". Contohnya: hari ini sdr. Tien Chua dan Malik Hussain akan dituduh dimahkamah dengan tuduhan "Ingin Membunuh diri'..!! Khabar angun bertiup kencang dulu kununya agenda yang sama akan dikenakan keatas DS Anwar. Tetapi Allah swT. maha berkuasa. Allah telah menyelamatkan beliau. Allah mahu DS Anwar menghuraikan kekejaman Regim Mahathir ini. Tidakkah Regim Mahathir sudah menampakkan bayang sebuah REGIM OTOKARATIK yang sanggup menganiaya rakyat? Demi mempertahankan malu dan penyelewengan mereka? Perkara ini berlaku kerana Regim Mahathir sudah mulai TEDESAK dan KETAKUTAN...!!

Kesimpulan: Rakyat yang prihatin telah mencium agenda Mahathir ini sekian lama. Pemerintahan DHARUIRAT yang dirangka oleh Mahathir-Daim dan penyokong Regimnya (antaranya: Abdullah Ahmad Badawi, Najib, Rafidah, dan beberapa pemimpin UMNO yang lain - mereka mungkin telah diugut supaya tunduk mengikut arahan) sangat-lah "mengerikan". Kini semuanya bergantung kepada pilihan orang UMNO, orang Melayu dan rakyat jelata menentukan nasib masa depan anak-cucu.

Rakyat jangan salah tafsir...sesungguhnya bukan niat Reformis seperti DS Anwar, dan para Pejuang GERAK menghasut atau mengadu-domba antara rakyat dan kerajaan. Kerana urutan isiden yang berlaku dan dilakukan oleh Regim ini terlalu jelas dan ketara; menjurus ke arah yang mengerikan rakyat, maka wajar kita saling ingat-menginatkan. Setakat ini pun, Regim ini sudah terlalu degil, angkuh dan tidak peduli tuntutan rakyat majoriti lagi, walaupun mereka yang berkuasa hanya sebuah sekelompok kecil. Setakat ini, mereka hanya mahu rakyat sahaja yang mematuhi undang-undang, TETAPI Regim Mahathir TIDAK peduli dengan undang-undang lagi. Mereka telah memperkutak-katikkan pelbagai isu, undang-undang dan menghalalkan sebarang tindakan mereka melalui ancaman dan ugutan. Regim ini telah terang-terang memperkosa PERLEMBAGAAN dengan meletakkan Sistem Pemerentahan Raja Perlembagaan dibawak telunjuk mereka. Sebodoh ini kah orang Melayu dan Rakyat Malaysia menjelang Abad ke-21 ini?

Dr. Abdul Halim 'Ashikin
21 april 1999