SIAPA NAK BELI SURATKHABAR UMNO?

Akhbar yang sedia ada (selain Harakah) adalah sebenarnya suratkhabar UMNO yang bertopengkan BH, UM, NST, SUN, Star dll. Kesemuanya bersekongkol dengan rejim Mahazalim….

Tidak cukup UM, BH, NST, SUN, STAR yang setia menjadi alat penyebar fitnah dan berita palsu bagi rejim Mahazalim, UMNO menerusi Dato' Sabaruddin Chik malam tadi mengumumkan bahawa akan mengeluarkan suratkhabarnya sendiri.

Menurut beliau lagi, parti pembangkang juga sudah mempunyai suratkhabar mereka (Harakah). UMNO perlu menyainginya dengan mengeluarkan suratkhabar sendiri bagi menyaingi dan menangkis fitnah 'kununnya' yang dilemparkan kepada UMNO.

Tolong sikit Dato! Akhbar yang sedia ada (selain Harakah) adalah sebenarnya suratkhabar UMNO yang bertopengkan BH, UM, NST, SUN, Star dll. Kesemuanya bersekongkol dengan rejim Mahazalim. Akhbar-akhbar ini perlu di boikot! Rakyat tidak lagi membaca suratkhabar. Berita sebenar ada dalam internet. Kepada anda yang masih belum memiliki, sila dapatkan segera sebuah komputer peribadi dengan kelengkapan 'internet ready' dan layarilah berita terkini dan paling tepat mengatasi BERNAMA yang kini hanya tinggal nama!

HIDUP PARA WEBMASTER! SEMOGA ALLAH RESTUI ANDA SEKELIAN…

Mr. canggih