FIRASAT RAHSIA MENGENAL DIRI SENDIRI

Apabila S.H. Alatas menulis….

Di mana saja di dunia ini bila umatnya hidup dalam ketakutkan kerana kekejaman dan kezaliman, negara itu tidak akan aman dan akan menghadapi kehancuran!

Kasihan orang Melayu yang Agama Islam cuma pada surat beranak dan kad pengenalan, kerana satu masa nanti mereka cuma tahu yang besar itu cuma Mahathir. Mahathir yang maha besar dan maha berkuasa dalam negeri ini. Akhirnya mereka yang hilang kepercayaan bahawa Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Kuasa. ' Nauzubillahhiminal zalik ' kerana alangkah ruginya bila yang beragama takut dan gentar berhadapan dengan pemimpin yang menggunakan tekanan dan paksaan sebagai kuasa. Bunga-bunga dari perbuatan menunjukkan kuasa amat jelas sekarang. Mana menteri yang tidak akan dengar cakapnya akan hilang kerusi kementeriannya. Mana juga hartawan yang tidak akan tunduk dan ikut cakapnya akan hilang kekayaan.

Orang yang berpangkat yang tidak ikut perintah dan petunjuknya, kehilangan pangkat. Rakyat yang degil ditarik balik subsidi. Jadi semua orang takut. Hiduplah manusia melayu jadi manusia penakut. Berbaliklah kita ke zaman penjajahan, atau kita akan merasakan diri kita ini berada disebuah negara kuku besi yang diperintah oleh para gergasi…

Kelahiran manusia akan duduk di atas kepala manusia ini tidak disedari oleh umat Melayu. Mata dan telinga mereka sudah dikabui, kerana pemujaan keterlaluan yang telah diberikan kepada Mahathir, pemimpin melayu keturunan India Kerala, sebuah negeri Komunis di India Selatan. Kalau ada pun yang sedar nak buat apa-apa.

Saya sendiri pun pada mulanya jadi kabur, gelap mata melihat keindahan kata dan harapan yang dijanjikan untuk rakyat. Syukur saya kehadrat Allah, kerana telah membuka semula mata saya, agar saya dapat membuka mata-mata saudara saya. Jangan mereka nanti jadi rakyat yang memaksa umatnya supaya lebih takut pada pemimpin dari takut pada Allah.

Di mana saja di dunia ini bila umatnya hidup dalam ketakutkan kerana kekejaman dan kezaliman, negara itu tidak akan aman dan akan menghadapi kehancuran! Kerana Allah mendengar dan memakbulkannya permintaan manusia yang dizalimi dan teraniaya.

Mahathir tokoh yang tidak disenangi oleh orang pejabat. Mereka sekarang cari rezeki dalam keadaan takut. Takut pada jam yang dipinda oleh Mahathir tu. Kononnya hendak membangun, membangun apa! kalau rakyat dalam ketakutan. Dulu orang takut pada pencuri, perompak sahaja, sekarang takut pada jam. Sikit punya teruk ke Mahathir mengerjakan rakyat? Mahathir gunakan apa saja untuk menjadikan rakyat Malaysia "rakyat penakut". Kerana bila rakyat sudah jadi penakut senanglah Mahathir buat apa saja yang dia suka. Takut kalau orang kata tidak cekap, takut kalau orang kata tidak bersih, takut kalau orang kata tidak amanah.

Dulu orang melayu berkiblat ke Barat, Mahathir ajak kita semua berkiblat ke Timur, ke Jepun, ke Korea. Macamlah kita tidak ada peribadi sendiri. Kenapa kita tidak lihat pada diri sendiri? Takutkah lihat diri sendiri? Kita sekarang ini hendak buat budaya kebangsaan. Ini semua orang dah setuju. Kebudayaan kebangsaan berasaskan Bumiputera dan Islam. Yang awat nak pi ke timur dan ke barat tu buat apa?

Mahathir sudah hampir berjaya dalam usahanya menakut-nakutkan umat Melayu yang tidak berdosa. Berjaya menakutkan pemimpin UMNO yang hidup mereka bergelumang dosa, para pemimpin muda yang inginkan kedudukkan dan kuasa. Pemimpin muda yang terlupa tanggungjawab terhadap bangsa dan negara. Biar bagaimanapun dia akan gagal dalam rancangan yang boleh merugikan bangsa kerana dalam negara ini masih ramai lagi orang yang beriman dan beramal saleh. Dalam UMNO sendiri pun ramai pemimpin yang berjiwa Islam tulen yang berjiwa nasionalis yang tidak gentar bila berhadapan dengan penyelewengan.

Jasa Mahathir kepada orang Melayu terlalu besar, dia telah membuka mata raja dan rakyat supaya masing-masing tahu tanggungjawab mereka. Jadi kalau adapun yang tidak baik dibuatnya orang terpaksa tutup mulut, kerana kepada orang Melayu tidak ada pemimpin yang lebih handal dari Mahathir. Mahathir paling berani, paling tegas, paling cerdik dan Perdana Menteri yang paling handsome. Itulah pemujaan dan sanjungan yang dimainkan oleh media massa. Mahathir berani menentang British, berani menukar waktu. Berani membuat akta Universiti sehingga penuntut di Universiti kini semua sudah jadi macam 'Robot' macam burung 'Penguin' yang mengikut saja belakang kawannya.

Begitulah Mahathir hero, orang putih nampak diam, tapi bangsa yang pernah mempunyai empire yang kuat itu tidak bodoh. British membuat pengumuman mahu keluar dari Hong Kong, apa yang telah terjadi pada Bank Bumiputra? apa jadi pada B.M.F. Ini semua kerana keberanian Mahathirlah, tapi dia pandai main politik. Rakyat sikit pun tak marah dia.

Mahathir curahkan wang ke negeri Jepun. Sikit punya hebat Mahathir main catur? Mahathir yang bawa Jepun dan Korea masuk Malaysia. Bisnes yang besar semua pada mereka. Orang Malaysia dapat apa? Contoh yang nyata, Bagunan Daya Bumi tidak berdayanya kaum bumi. Yang berdaya dan yang kaya hanya mereka yang terlibat dan Jepun yang membuatnya saja. Sikit punya sumpah ke orang Melayu bila tengok bagunan Daya Bumi yang menunjukkan betapa tidak berdayanya kontraktor bumi. Banyaknya wang yang mengalir ke Jepun. Mahathir oh Mahathir.

Ihsan: kekanda@mddanial