KENYATAAN AWANG SULUNG DISANGGAH
Sungguh mengaibkan apabila kita hanya sedar kesilapan orang lain, tanpa menyedari kesalahan akibat perbuatan kita sendiri. Sifat sebegini disebut 'ego' atau bongkak. Ke'bongkak'kan kita yang bersifat sedemikian adalah kerana kita taksub pada diri sendiri. Hanya ini keterangan Awang Sulung (AS) yang saya persetujui.
Dalam MM Ahad lalu, AS ada menulis bahawa internet seringkali menyiarkan khabar angin dan berita yang memfitnah UMNO dan Kerajaan. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya seringkali mengikuti kedua-keduanya iaitu membaca laman-laman internet dan juga surat khabar yang dipesan oleh pejabat saya.
Namun saya dapati dalam hal yang ada kitannya dengan reformasi, maka saya katakan di sini, berita internet lebih tepat, jika nak dibandingkan dengan suratkhabar UM, BH, NST, Star dllnya. Tak perlu saya nyatakan faktanya. Kenyataan AS sungguh mengguris hati kami para netters yang bergantung kepercayaan berita dan informasi hanya kepada laman web yang di wujud oleh para webmaster sekelian.
AS perlu melihat ke dalam diri sendiri, siapakah sebenarnya yang menjadi utusan penyebar fitnah rakyat. Internet atau keluarga media AS sendiri? Jangan sembunyikan kebaculan saudara!~MR
Sumber: mr. canggih