AKHIRNYA AZAHAR DAPAT JUGA IDAMANNYA

17 April 1999 - 'Title' atau gelaran kehormat amat diharapkan oleh insan yang selalu berjasa kepada negeri. Dengan tidak mengambil kira warganegeri mana, akhirnya Azahar dikurniakan Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan pada 19 April, 1999 kepada warga negeri Kelantan itu.

Penganugerahan pingat ini adalah sebagai membalas jasa Azahar Muda yang bersekongkol dengan kroni regim Mahathir yang kerapkali menganugerah konsesi balak kepada golongan tertentu supaya UMNO Perak menerima sedikit imbuhan berupa 'political fund'.~MR