BENARKAH AZAHAR PEMUSNAH BANGSA?

Isu pemberian konsesi balak, jika hendak dibahaskan terlalu sensitif. Bagi yang sedia ada tukul besi (pengusaha balak) sudah memaklumi bagaimana peritnya untuk dianugerah konsesi balak walau hanya sekali seumur hidup. Ada yang menyimpan dan memiliki tukul itu sejak sepuluh tahun lalu, namun masih belum berjaya mendapatkan walau sebatang pokok balak!!

Mengikut statistik terdapat lebih 6,000 tukul besi yang berada di bawah kelolaan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Namun dari jumlah tersebut hanya kurang dari 600 tukul besi yang aktif dan seringkali diluluskan konsesi pembalakan mereka. Apabila ditinjau di kalangan empunya tukul besi mereka memberitahu kegagalan itu selalunya disebabkan mereka tidak mempunyai politic line yang baik kerana kelulusan balak ada kaitannya dengan politic relation.

Sesungguhnya fenomena itu tidak dapat dinafikan. Wang segera boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja melalui satu kelulusan konsesi balak. Ramai yang telah kaya dan jatuh bangkerap kerana balak. Ada yang give-up namun masih ramai yang tidak jemu lalu terus memohon dan masih mengharap pemberian konsesi tersebut suatu hari nanti.

Terdapat dua jenis kelulusan yang dibuat. Jika konsesi yang dipohon adalah kawasan hutan simpanan dara maka kelulusan exco adalah diperlukan. Pemberian konsesi sebanyak 80 hektar (lebihkurang 200 ekar) sudah cukup membuatkan sesorang pemohon yang berjaya mendapat gelaran jutawan!!.

Manakala jika permohonan adalah di atas tanah kerajaan atau hutan sudah kerja (ksk) maka kelulusan Pengarah Perhutanan Negeri sudah memadai. Jadi tidak hairanlah jika kita tahu dan mengenali seorang Pengarah Perhutanan mampu memiliki apa sahaja dalam hidup mereka.

Sebagai contoh, Azahar Muda, Pengarah Perhutanan Negeri Perak mampu memiliki rumah yang berharga lebih RM500,000.00 yang terletak di Taman Golf, Ipoh, walau pun gaji bulanan beliau tidak sampai RM5,000.00. Menurut sumber, rumah dan tanah itu dibayar oleh Sim Lee Saw Mill (beroperasi di Kuala Kangsar) dan taukehnya Saw adalah orang kuat Menteri Perusahaan Dato' Lim Kheng Yik. Ini belum dikira kereta Volvo 940 yang bernilai ratusan ribu.

Sesungguhnya MR bukan bermaksud cemburu dengan kekayaan yang dimiliki oleh Azahar. Tetapi rungutan oleh pengusaha balak sendiri bahawa beliau amat menyanjungi taukeh Cina dari membantu bangsa sendiri amatlah dikesali. Suatu ketika MR pernah bertemu bekas seorang pembaca berita TV3 (lelaki) yang amat terkenal yang sering melibatkan diri dalam dunia pembalakan. Apabila Azahar menjadi Pengarah Perhutanan menggantikan Dato' Hj. Abdul Rashid, beliau tidak ditemui lagi. Menurut beliau Azahar enggan bertemu bangsa sendiri, apalagi mahu membantu. Akhirnya beliau kembali ke jawatan lama dan kini aktif dengan NTV7.~MR