LOMPAT BUKAN SEBARANG LOMPAT!!

Kepincangan UMNO amat jelas di mata rakyat saat ini. Minda Rakyat bersyukur kerana rata-rata rakyat yang ditinjau memberikan 'response' seperti apa yang diharapkan iaitu mereka sedar bahawa UMNO bukan lagi parti pembela bangsa!

Justeru itu tidak hairan jika hari demi hari dan waktu demi waktu yang berlalu, akan lebih ramai lagi ahli UMNO melompat keluar dari parti berkenaan untuk menyertai pembangkang, khususnya PAS. Dalam hal ini, PAS janganlah mendabik dada serta merta. Mereka perlu membimbing ahli-ahli baru agar lompatan mereka ke dalam PAS merupakan lompatan terakhir dengan penuh iltizam.

MR sekali lagi mendapat maklumat bahawa beberapa orang pemimpin UMNO dalam Bahagian Permatang Pauh, di mana DSAI selaku pemimpin reformasi menerajui kepimpinan di sana, akan turut mengundurkan diri untuk mengucapkan selamat tinggal dan selamat berkuburlah UMNO buat selama-lamanya di hati mereka. Kepada mereka yang berkenaan MR mengucapkan syabas! Sesungguhnya anda telah membuat pilihan yang bijak dan betul demi masa depan yang lebih gemilang. Paparan berikut adalah seorang lagi Ketua Cawangan yang meninggalkan UMNO Cawangan Titi Timbul.~MR

Sumber: Mohd Azman

MOHAMAD JAMIL BIN CHE DIN

Ketua Umno Cawangan Titi Timbul,

merangkap Exco Per Pemuda Umno Pmtg Pauh,

merangkap Pengerusi Majlis Sukan & Briged Putera

Per Pemuda Umno Bahagian Pmtg Pauh.

10 hb.April 1999

1.YB Datuk Hj Ahmad bin Saad

Pemangku Ketua Umno Bahagian Pmtg Pauh.

2. Ybhg Sdr Zulkifli bin Bakar

Pemangku Ketua Per Pemuda Umno Bahagian Pmtg Pauh.

Tuan,

Per: Perletakan Jawatan dan penarikan diri daripada menjadi ahli Umno

Bismillahirrahmanirrahim.Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

Sebagai muqaddimah,izinkan saya,sebagai seorang anak Melayu dan sebagai seorang Pemuda Umno Pmtg Pauh yang telah dididik dan dipimpin oleh bekas Ketua Bahagian kami Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan penuh sopan santun untuk menjadi pemuda yang berakhlak dan berani,membahasakan diri saya sebagai anakanda sahaja.Terutama sekali kerana saya begitu menghormati mereka yang lebih tua usianya mahupun kematangannya di dalam berpolitik berbanding saya yang masih lagi jahil dan bodoh di dalam berpolitik ini,maka selayaknyalah saya merujuk kepada mereka sebagai ayahanda dan bonda.

Ayahanda & bonda,

Semenjak tarikh 2.9.1998 sehinggalah sekarang kita telah dihidangkan dan menyaksikan detik-detik sejarah hitam Malaysia moden...detik-detik kehancuran bangsa Melayu. Pada fikiran anakanda,tidak ada seorang manusia pun yang waras dan sihat akal fikirannya yang akan cuba menyatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak dianiaya.Sungguhpun begitu,apa yang menjadi persoalan dan juga kekesalan pada diri anakanda ialah kenapakah tidak kedengaran langsung suara di kalangan kita yang cuba menegur atau mencegah kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan dengan wewenang di hadapan mata kepala kita itu.Sesungguhnya segala apa yang telah berlaku melalui episod hitam pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mencelikkan mata hati saya,ianya telah membongkarkan seribu satu rahsia kejelikan pimpinan Melayu kita. Namun begitu,adakah kita harus merelakannya?Bolehkah kita katakan bahawa kita berdiam diri dan tidak bangun menentang semua kemungkaran ini kerana kita sayangkan Umno?Bolehkah kita berbuat demikian dan menyatakan bahawa kita berdiam diri itu demi penyatuan bangsa Melayu?Logika apakah yang ?telah meresap dan berkudis di dalam hati perut kita?Bukankah dengan tidak berbuat apa-apa itu kita sebenarnya sedang merobek-robekkan amanah para datuk nenek dan pejuang-pejuang bangsa kita lantas kita juga sebenarnya sedang di dalam proses menghancurkan masa depan generasi anak-anak Melayu sebangsa kita.

Seperti juga ayahanda & bonda,anakanda juga sesungguhnya sangat-sangat menyayangi Umno.Namun begitu sebagai makhluk yang tidak kekal,sayang kita kepada Umno perlulah berpada-pada.Ada di kalangan rakan-rakan anakanda yang berkata bahawa jangan dihukum Umno hanya kerana marahkan sikap pimpinan atasan kita.Bagi anakanda yang jahil ini, alangkah lemahnya hujjah mereka ini.Adakah kita ini dianggap begitu dangkal pemikirannya sehingga dilayan

(tidak dapat dihabiskan disebabkan masalah teknikal..harap saudara azman att. Fail dengan betul di masa akan datang. T. kasih)